[Nasyid Klasik] Raihan-Kita Hamba

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 10, 2020

Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta, Semoga semua menjaga kesihatan diri demi mengelak terkena COVID-19 ini. Kerap cuci tangan dengan sabun . Insha Allah  Allah akan memelihara kita semua.

Malam ini, Naim nak share satu nasyid klasik kepada sahabat-sahabat semua. Bila sebut Raihan , Naim pasti semua akan mengenali satu kumpulan nasyid pada suatu masa dahulu. Kerana Naim semasa zaman kanak-kanak membesar dengan irama nasyid dari kumpulan Raihan terutama suara Nazrey Johani memang menikam jiwa saubari kita.

Kali ini Naim, nak share satu lagu dari kumpulan Raihan dari album Syukur iaitu yang bertajuk Kita Hamba. Kerana ia bersesuai dengan keadaan yang berlaku sekarang pendemik COVID-19. Sebagai umat Islam, kita kena beriman kepada Qada dan Qadar kerana COVID-19 adalah wabak daripada Allah. Jika ia datang dari Allah dan dia akan kembali kepada Allah jua.

Jom kita layan lirik dahulu baru video

LIRIK

Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu lengah dengan kewajiban sebagai hamba

Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa kita selalu lengah dengan kewajiban sebagai hamba

Sedang Tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan maha pengampun
Di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insyaf dan mau bertaubat

Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya
Agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

VIDEO

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. legend raihan ni..suka juga dgr lagu2 dr raihan..lg2 yg terbaru feat dgn alif satar tu..sesungguhnya.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS