Pasang Bendera Dengan Cara Betul

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 30, 2020

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Tinggal sehari lagi ini untuk kita semua akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63 tahun pada tahun 2020. Alhamduillah syukur nikmat Allah telah memberi satu nikmat kemerdekaan kepada rakyat Malaysia amnya. Khususnya di dalam negara Malaysia ada pelbagai bangsa dan suku kaum dengan kata lain masyarakat majmuk. Naim rasa hanya di negara Malaysia yang ada masyarakat majmuk . Oleh itu, bersama-sama kita menjaga hubungan satu sama lain yang berkelahi dan rasis.

Artikel kali ini, Naim ingin bersama-sama Cara Memasang Bendera Dengan Betul. Kerana ada sebilangan masyarakat ada di tanah air Malaysia masih tidak tahu memasang cara yang betul. Boleh rujuk gambar rajah di atas adalah cara yang betul di dalam memasang bendera yang betul. Kerana bendera adalah satu identiti kepada sesebuah negara itu. Walhal  di dalam peperangan pun di bawa satu bendera sebagai pembakar semangat sanga pejuang-pejuang. Jika bendera itu jatuh, orang lain akan mengangkat kembali.

Kalau tidak salah Naim, ada undang-undang yang boleh di kenakan di bawah akta Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya, selain turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100. Oleh itu, jangan gatal tangan pasang bendera terbalik. Jom layan nasihat dari Kartunis Kucai..


Akhir sekali , Naim harap kita semua memasang bendera dengan cara yang betul dan pasang bendera di rumah anda dan tempat kerja anda . Kerana ia semangat kebangsaan kena di tanam pada diri kita semua. Jom layan lagu ini sebagai pembakar semangat!



sumber rujukan :-
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/720368/4-ditahan-pasang-bendera-terbalik
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. setuju,sometimes nampak org pasang jew..asal pasang tapi terbalik pulak tu

    BalasPadam
  2. Selalu jugak orang gantung bendera biasa tu menegak, rupanya tak boleh ya. Tq sebab share info ini

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS