Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Harap semua baik-baik belaka besama keluarga tercinta. Hari ini penghulu segala hari, jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga berkat berselawat kepada Nabi Muhammad, di akhirat kelak kita semua, akan mendapat syafaat daripada Baginda. Insha Allah.
Sejak mutahir ini, Negeri Kedah menjadi bualan rakan-rakan negeri lain kerana ada beberapa Kluster terbaharu . Kita sedia maklum Kluster Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sala. Alhamduillah Kluster Sivagangga sudah tamat baru-baru ini kerana tiada penambahan kita terbaharu. Malah kelmarin juga tiada kes yang baharu untuk kluster Tawar.
Pihak Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah melakukan PKPD Pentadbiran di Aman Jaya, Sungai Petani berkuat Kuasa sejak tengah malam semalam sehingga satu tarikh yang akan di beri tahu kelak.
Semua sekolah hatta taska di arahkan ditutup dan juga masjid, surau hatta rumah ibadat juga di tutup buat sementara di bawah PKPD Pentadbiran. Kita harap warga Aman Jaya sentiasa mengikuti segala arahan dari Pihak Polis dan ATM. Sentiasa menjaga kesihatan dan mencegah wabak ini daripada merebak.
Kita sentiasa berdoa semoga wabak ini segera lenyap di muka bumi dan masyarkat kembali normal di dalam kehidupan seharian.
Sumber: Telegram Majlis Keselamatan Negara



moga moga semua okay dan tak ada penambahan kes baru... amin
BalasPadamBanyak kes kluster unexpected skang. semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT. InsyaAllah. Aamin.
BalasPadam