Kedah Tiada Penambahan Kes Baharu Covid 26 September

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 26, 2020

 

kredit :- Jabatan Kesihatan Negeri Kedah - #maipakatsihat


Assalamualaikum dan selamat malam kepada anda semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Hari 26 September 2020 khususnya di kedah tiada penambahan kes yang baharu. Dan hari ini juga ada kes sembuh dari sakit Covid-19 seramai enam orang. Syukur kepada Allah kerana ada juga yang sembuh pada hari ini dan tiada kematian pada hari ini.

Kredit: Majlis Keselamatan Negara

Pada hari ini juga mencatatkan 82 kes baharu dan anda boleh lihat pada graph di atas. Siapa sahaja yang melihat paa graph di atas akan rasa kurang selesa kan. Kerana sejak dua minggu kepas kes baharu meningkat dengan drastik sekali. Ini membuatkan para frontliner tebeban dengan kerja lagi berat.

Kredit : Majlis Keselamatan Negara

Boleh lihat hari ini ada penambahan kes di Malaysia Pantai Timur seperti di Terengganu manakala di Pantai Barat pula di Melaka , Pahang, Johor , Putrajaya , dan Selangor. Manakala di Sabah mencatatkan kes tinggi di ikuti di Sarawak.

Kredt :- Majlis Keselamatan Negara

Akhir sekali, marilah bersama-sama kita semua putuskan rantaian Covid-19 ini mengamalkan 3 W ( Wash, Wear dan Warn ) dan elakkan 3 S ( Sesak, Sempit , dan Sembang dekat. Yang paling penting sekali, sila install MySejahtera dengan aplikasi ini memudahkan urusan harian anda. Anda mampu mengubahkan nya dan hidup di dalam norma baharu.


SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS