Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger semua.Naim harap semua sahabat-sahabat baik-baik belaka. Malam ini hendak menulis sedikit perihal COVID-19 di negara kita yang tercinta. Kerana kes COVID-19 sudah mencecah kepada 5 angka. Pada  hari ini ( 16 September) jumlah kes adalah 10,031 kes. 

Penambahan kes baharu pada dua tiga hari yang lepas melibatkan beberapa Kluster yang terbabit iaitu Kluster Sungai di Kedah, Kluster  Pulau dan Kluster Benteng LD di Sabah. Dan pada hari ini ( 16 September ) telah mencatatkan kes yang baharu berjumlah 62 kes baharu. Daripada 62 kes tersebut 61 kes adalah kes di dalam negara dan 1 kes import.


Memetik di dalam telegram Majlis Keselamatan Negara :-

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:

 • Tiga (3) pesakit memerlukan bantuan pernafasan;
 • Enam (6) pesakit merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas;
 • Sembilan (9) pesakit adalah dalam lingkungan umur 21 sehingga 56 tahun;
 • Sembilan (9) pesakit adalah daripada Kluster Sungai;
 • 10 pesakit didapati mempunyai latar belakang penyakit kronik; dan
 • 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara manakala satu (1) pesakit mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia.

Akhir sekali , Naim harap semua sentiasa mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jangan pergi tempat-tempat yang sesak dan ramai orang. Rancang waktu membeli anda dan tidak keluar satu famili, biar ketua keluarga sahaja. Dan kepada Allah kita memohon semoga wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. Amin!


13 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. bercampur baur perasaan bila tengok kes dah 5 angka..huhu

    BalasPadam
  2. Semoga wabak covid ni lenyap di muka bumi 🙂 stay safe

    BalasPadam
  3. makin hari makin teruk :( bila la nak berakhir fasa virus ni

    BalasPadam
  4. Sedih... semoga angka ini akan berhenti nanti

    BalasPadam
  5. @Syaz Rahim Betul kak. Tambahan pula kes yang baharu banyak di negeri kedah. huhu

    BalasPadam
  6. @Ayu.ju

    Amin. bersama-sama kita berdoa kepada ALlah ya..

    BalasPadam
  7. itulah akibatnya jika ada yg degil n x peduli SOP yg telah ditetapkan oleh MKN.

    BalasPadam
  8. sama-sama lah kita berdoa semoga covid ni cepat reda

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama