Kita Perlu Ruang Untuk Tenang

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 28, 2020


Assalamualaikum semua. Sebut tentang tenang pelbagai cara yang kita lakukan untuk mencapai ketenangan jiwa. Khususnya bagi orang Islam , salah satu nya ialah dengan solat di tambah dengan zikir serta berselawat kepada Nabi Muhammad. Ini semua adalah satu anjakan paradigma untuk mencapai ketenangan hakiki. Pabila jiwa dan perasaaan kita letak kepada Tuhan yang Esa. Itulah keutamaanya kepada diri seorang Muslim.


Untuk lari daripada masalah bukan satu perkara yang mudah dan senang untuk kita hadapi. Pebagai cara dan etika harus kita lakukan daripada melakukan sesuatu salah di sisi agama (Islam). Kerana pada waktu sekarang ramai yang mengalami ketekanan perasaan akibat pelbagai masalah yang hadir kepada diri kita. Ketekanan perasaaan akibat di buang kerja atau masalah dengan aura-aura negatif yang dekati kepada jiwa kita merupakan satu sebab masalah ini semakin meningkat di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.


Untuk mengelakkan daripada tekanan perasaan Naim kongsi sedikit daripada pembacaan dari sumber internet.

1) Solat, Zikir dan Selawat

    -Sebagai orang Islam, dengan agama adalah penyelesaian yang utama . Kerana agama yang dapat memberi ketenangan jiwa. Untuk lakukan drastik memang sukar, lakukan secara perlahan-lahan. Latih diri dengan berselawat sehari 10 kali. Pabila sudah biasa mula dengan 100 kali dan seterusnya.


2) Fikir Positif

   - Ini satu perkara wajib kita lakukan untuk menghindari tekanan perasaan . Kena buang perasaan negatif jauh-jauh. Jika di biarkan ia akan bersarang di dalam jiwa dan perasaan kita.


3) Muzik ( Alternatif )

    - Muzik juga mendamaikan jiwa manusia juga. Ia alternatif kepada dua cara di atas yang Naim listkan kepada anda semua. Sebagai contoh seperti video di bawah ini.


 Akhir sekali, memang kita perlu ruang untuk mencari ketenangan jiwa dan perasaan di tatkala dunia sekarang sedang bercelaru dengan pelbagai masalah yang timbul. Carilah Jalan Yang Lurus..



Tunjukilah kami jalan yang lurus"

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. betul..dengar alunan ayat suci al quran rasa jiwa tenang sangat..segala keserabutan hilang sekejap kan..

    BalasPadam
  2. Dan lakukan juga senaman selalu untuk mendapatkan ketenangan jiwa

    BalasPadam
  3. Betul tu, solat dan berzikir adalah penyelesaian pertama kita perlu buat untuk tenangkan diri.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS