Assalamualaikum dan selamat malam semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Bagaimana aktiviti hujung minggu anda,  Naim harap semua baik-baik. Semoga aktiviti anda lakukan di rancang dengan baik tatkala kita masih di frasa pemulihan Covid-19.

Alhamduillah, Hari ini kita sudah masuk bulan Islam ketiga iaitu Bulan Rabiuawwal. Iaitu bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad. Jom kita zahirkan kecintaan kepada Baginda Nabi dengan memperbanyakkan berselawat. 

Asbab berselawat, menambah kasih sayang kita kepada Baginda Nabi Muhammad. Sebagai contoh, kita berselawat sekali, Allah membalas sebanyak sepuluh kali. Nampak tak ganjaran pahala yang berganda menanti kita jika mulut kita basah berselawat kepada Nabi Muhammad.

Semoga kedatangan bulan yang mulia ini memberi inspirasi kepada seluruh umat Nabi Muhammad agar sentiasa berselawat. Biar segala pekerjaan yang kita lakukan seharian tidak lekang dengan berselawat.



 

4 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama