SALAWAT 1442 - DUKE, TUJU & TYCO (Official Lyric Video)

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 30, 2020



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini sekadar hendak share satu lagu baharu gabungan yang hebat bagi Naim sendiri iaitu Ustaz Kazim Elias bersama Tuju dan Tyco. Secara peribadi Naim tidak mengenali mereka berdua. Akan tetapi, lirik mereka sangat best dan gabungan selawat Ustaz Kazim Elias memang best. Jom kita layan lirik dan video klip mereka..

LIRIK

Sollalahuala Muhammad 
Sollallahuala Wasallam x2 

Lakaran sejarah di buku hidup
Pengalaman dalam nota 
Bertemu noktah sebelum penutup
Salah tafsir satu dua alif ba ta 
Cinta terukir di bintang 
Mengikut harapan meniup 
Ku terus ke depan, depan 
Berjalan setiap langkah dengan bekalan lafaz syukur 
Untuk masa depan, depan 
Ku tanam semua warna warna hidup yang telah luntur 
Dunia yang fana penuh dugaan 
Ku relakan jiwa setiap kali menempuh 
Tujuan dibetulkan 
Sebelum terlambat 
Berhasrat berjuang untuk senyum hingga penamat x2 

Sollalahuala Muhammad Sollallahuala Wasallam x2  

Dunia ini penuh pancaroba 
Ikut jalan lurus biar susah ku tetap mencuba 
Ku lihat luka di kenangan hidup 
Ku khayal ketika ku melakar sesal ku hirup
Siapa yang sempurna kau pun tahu x2 
Di sebalik dugaan 
Ku belajar balik mencari hidup 
Dan yang menjagaku kanan kiri 
Tahu dan mengerti catatkan 
Aku di dalaman dan 
Bukan yang nyata pada kenalan
Ku hanya satu pandangan mereka olah sendiri
Aku yang dalam kenangan
Aku yang tak kenal diri 
Tentang kehidupan 
Aku hanyut dalam air yang ku selami 

Alhamdulillah tangan ku tadah 
Kerana tanpa pedoman pasti ku hilang arah 
Kitab diwahyukan jadi pegangan 
2,4,4,3,4, ketenangan 
Ya rabbi 
Segala-gala yang terpuji
Limpah ruahkan rahmatMu 
Ke atas nabi
Ya Rasulullah 
Damailah disana
Semoga kau sambut diriku di akhir masa 

Sollalahuala Muhammad Sollallahuala Wasallam x2

Ya Rasulullah 
Kau kekasih Allah 
Ya Rasulullah 
Kau memimpin manusia 
Jalan menuju pintu keredhaanNya 
Pimpin tanganku untuk bersama

VIDEO


SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS