Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger . Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta dan yang masih bekerja semoga Allah mempermudahkan urusan harian anda. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad , semoga berkat berselawat Allah mempermudahkan urusan kita.

Alhamduillah, pagi ini Naim join satu segmen dari kak Misya yang bertajuk Segmen 10 blogger yang terpantas by Misya. Siapa yang mahu join boleh klik banner di atas ya. Jom kita support segmen kak misya kerana 10 blog yang terpantas akan di review dan paling penting ada hadiah misteri. Dan ada syarat-syarat di patuhi oleh check di blog kak Misya.

Apa kena angka 10 kepada diri Naim sendiri.  Bagini cerita dia.... kita dengar lagu ini sambil baca ya..



Kisahnya bermula begini, angka 10 ada kena mengena dengan blog kecil ini ia sudah masuk ke 10 tahun di dalam alam maya, Masa Naim mula start menulis di dalam blog pada tahun 2008 . Pada ketika itu Naim merupa seorang pelajar di IPTA di utara negeri kelahiran Naim iaitu Politeknik Sultan Abdul Halim  Muadzam Shah, Jitra atau di kenali sebagai Polimas. Ketika itu dunia blogging sangat aktif dengan pelbagai cabang artikel yang cambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kerana dunia IT pada waktu itu sedang pesat berkembang seperti arus politik waktu itu. Kerana penyebaran berita dan ilmu pada waktu melalui frasa yang sangat cepat.Ketika itu interface blogger masih tidak cantik seperti sekarang.

Kalau 10 tahun dahulu, hanya copy artikel orang dan paste di dalam blog ini . Dan kini kena cari idea yang baharu demi memenuhi kehendak pembaca blog kita. Kalau artikel atau entri di dalam bahasa blogger tidak mendapat sambutann dari komen kan, Sabarlah kerana kebanyakkan mereka adalah silent reader di dalam blog kita. Semasa permulaan Naim di dunia blog untuk dapat 1 komen dalam 10 entri pun susah. kini Alhamduillah ada pembaca dan komentar yang tegar yang datang ke blog Naim ini. Dengan komen mereka, wajib pada diri Naim untuk membalas walaupun sepatah sahaja kerana ia sangat bermakna kepada komentar itu sendiri.

Nak kata top blogger tak lah, kerana blog ini kerdil sahaja demi memenuhi ruang-ruang waktu.  Rasa setakat ini sahaja coretan untuk memenuhi syarat dari kak Misya.

Akhir sekali, jom sahabat-sahabat blogger kita support segmen sebegini. Ada banyak kelebihan iaitu rakan baharu dalam blogger dan pageviews kita akan naik. Kerana naik itu , Naim sering pesan pakat join segmen ini.. Boleh klik pada banner di atas ya.

15 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. yes. tq Naim.
    aida da join pun.
    moga kita ada rezeki, kan.
    in shaa Allah...

    BalasPadam
  2. waaa. dah lama juga ye blog Naim ni. Sama ja karya kita tu. Haha All the best Naim. Keep writing tho'

    BalasPadam
  3. betul kan, bila ada org comment entry kita, rasa mcm semangat nak tulis, mula nya copied pasted then skrg kita nak org byk kita yg tulis kan...

    BalasPadam
  4. Selamat bersegmen and good luck naim!
    esok kak shida nak join!

    BalasPadam
  5. jalan-jalan dari segmen yang sama (^_^)

    https://www.mialiana.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html

    BalasPadam
  6. singgah BW sini dari segmen yg sama..

    BalasPadam
  7. Dah review.. :) http://www.aimisyahirah.com/2020/12/review-blog-ke-arah-mencari-redhanya-by.html
    Jemput join my latest GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html hari ni last submit penyertaan! huhu..

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama