Assalamualaikum dan selamat petang semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Jangan di lupa sentiasa menjaga diri di dalam mengekang pendemik Covid-19 yang masih aktif sekarang ini. Jangan lupa jua untuk berselawat kepada Nabi Muhammad . Semoga keberkatan berselawat, Allah mempermudahkan urusan kita semua.

Sebut sahaja kumpulan Hijjaz memang tidak asing kepada rakyat Malaysia tak kurang dari negara Indonesia, Singapura hatta Brunei. Kali ini Hijjaz datang dengan single terbaru mereka dengan gabungan genre rap , melodi dan nasyid kalau tidak silap Naim dan artis yang terlibat iaitu Pasya, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Sememang best, gabungan beberapa genre ini. , sebelum ini Naim pun ada share pasal gabungan Kmy Kmo dengan Sifu M.Nasir yang lagu bertajuk Zuhud.

Boleh Naim kan  lagu ini di tujukan kepada Baginda Nabi Muhammad yang bertepatan di dalam bulan Rabiuawwal. Susunan lirik pun sangat menarik dan boleh di teliti apa tersirat di dalam lirik tersebut. Kerana Nabi Muhammad tiada di sisi kita lagi, tetapi jangan di lupa kepada Nabi Muhammad, sentiasa basahi lidah dengan berselawat kepada Nabi. Kerana Nabi mengenali umatnya dengan siapa banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad. Jom kita hayati lirik kemudian video klip mereka.

LIRIK

Tiada kata seindah selawat
Untuk ku puji Baginda
Kaulah cahaya atas segala cahaya
Terangi alam buana

Ya Rasulullah
Ya Habibullah

Oh.. Engkau bak matahari
Engkau bak bulan
Allahummasollialaa Muhammad

Oh.. Indahnya pribadimu mulia akhlakmu
Engkau telah diutuskan
Untuk rahmat seluruh alam
Selawat ke atasmu
Wahai Rasul junjungan

Allahummasollialaa Muhammad
Wa ala ali Muhammad

Dia tiada pengganti
Dia selalu dinanti
Dia diminta di mimpi
Dipuji tak bersilih ganti
Biarpun langit gunung dan bumi menolak
Tetap dia tak berganjak
Bertolak teruskan berarak




34 kali nama mu dilafaz di dalam 5
Waktu dihening pagi wajib hingga waktu purnama
Selawat ke atasmu satu nikmat 10 selawat dari Nya
Segala nikmat dinikmati untuk syafaat di akhir sana

Oh.. Engkau bak matahari
Engkau bak bulan
Allahummasollialaa Muhammad

Oh.. Indahnya pribadimu mulia akhlakmu
Engkau telah diutuskan 
Untuk rahmat seluruh alam
Selawat ke atasmu
Wahai Rasul junjungan

Allahummasollialaa Muhammad
Wa ala ali Muhammad (ulang 2X)

VIDEO



Bagaimana sahabat-sahabat semua? Naim harap semua dapat menerima lagu terbaharu dari kumpulan Hijjaz ini. Ia memang terbaik kerana ia gabungan beberapa genre . Ia mengingatkan Naim kepada Sang General Malique feat Rabbani yang lagu bertajuk Perang Sudah Tamat.

Akhir sekali, Jangan kita lupa kepada Nabi Muhammad, sentiasa berselawat kepada Nabi kerana Nabi Muhammad sentiasa mengingati kita semua. Biar berpisah jasad tetapi roh kita saling mengenal. Biar di dalam kehidupan harian kita tidak putus berselawat. Ini peringatan pada diri Naim jua. Terbaik semua! .
SHARE 16 comments

Add your comment

  1. Tenant je hari dgr.. best lagi ni.. jomnselawat

    BalasPadam
  2. salam maulidurrasul.. Nabi Muhammad S.A.w

    BalasPadam
  3. siapa je tak kenal hijjaz dari kecik memang membesar dengan lagu hijjaz hehe

    BalasPadam
  4. Best lagu nie. Sesuai untuk semua generasi. Siap ada bahagian rap lagi. Dan selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada hari ini 29 Oktober 2020

    BalasPadam
  5. The lyric sounds good. Very spiritual. I need to check out on YouTube. Thank you for your recommendation.

    BalasPadam
  6. Ni la lagu terbaru diaorg tu kan.. Sedap juga lagu dia.. Salam Maulidur Rasul. Berbeza muzik dia dengan lagu2 Hijjaz sebelum ni

    BalasPadam
  7. Wah, tak sangka kumpulan Hijjaz masih aktif sampai sekarang. Salute!

    BalasPadam
  8. Lama tak dengar nama Hijjaz ni.. lagipun sekarang macam dah slow kann lagu-lagu Nasyid yang baru.. ni baru laa ada..sedap halwa telinga mendengarnyaa..

    BalasPadam
  9. Yes. Boleh dengar dalam kereta lepas nie. Dah ada kat spotify tak? Lagi senang nak dengar kalau available dah kan

    BalasPadam
  10. Sejujurnya, Kitkat suka dengar lagu-lagu macam ni.. Previously was Sumayyah... dulu kat universiti lagu2 nasyid la jadi peneman time study (favorite giler Setanggi Syurga)

    BalasPadam
  11. thanks for sharing this. it's really interesting for me to learn something new today :)

    BalasPadam
  12. Dah lama tak dengar lagu hijazz. Rasa nak bukak sekarang dengar lagu2 lama. Bestnya laaa.. lagu ni pun not bad. Zaman sekarang lagu nasyid banyak dah moden.

    BalasPadam
  13. wow what a nice new song by the artist. Thanks for sharing the nice video of it too

    BalasPadam
  14. wow hijjaz buat lagu comeback ke ni? sedap lah lagu ni rasa tenang je dengar lagu ni... thanks sebab share ni. za dah jarang sangat nak dengar radio...

    BalasPadam
  15. Hijjaz ni dari dulu minat. Suara tetap maintain. Lg pula ada collaboration dgn pasya. Boleh tahan best lagu. Salam maulidurrasul...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS