Daly Filsuf - Aku Pendosa (Official Music Video)

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 28, 2020



Assalamualaikum| Malam ini Naim hendak share satu lagu daripada salah seorang rapper yang pernah terkenal bersama Too Phat pada suatu ketika dahulu. Kali ini beliau datang dengan single terbaharu dari beliau. Lagu ini baru premier di channel youtube beliau kurang enam jam lepas. Kira baru lagi  lagu beliau di youtube. View masih sedikit , pada waktu ini baru 613 views.

Jom kita bersama-sama dengarkan single baharu beliau...

LIRIK

Aku pernah merasa iri 
Iri apabila melihat orang lain yang lebih tinggi
Aku pernah merasa benci 
Benci  melihat orang lain yang lebih daripada diri ini
Aku pernah merasa , tiada ikhlas bila memberi dengan harapan cepat dibalas
Aku pernah menyimpan dendam yang amat dalam hanya kerana cahaya hidup ku yang semakin suram

Aku pernah merasa hebat
Kalau tidak setanding jangan berangan hendak berdebat
Aku pernah merasa handal
Tanpa guna dalal aku sendiri bisa gagalkan guna akal
Aku pernah merasa di atas
Yang di bawah aku anggap semuanya sebagai alas
Aku pernah merasa megah
Maafkan aku kerana aku pernah

Kalau suatu hari nanti sudah luput nama
Tiada lagi khabar tiada lagi berita
Kalau tidak bertemu aku nanti disana
Mahukah engkau cari atau lupakan saja

Kalau suatu hari nanti sudah luput nama
Tiada lagi khabar tiada lagi berita
Kalau tidak bertemu aku nanti disana
Mahukah engkau cari atau lupakan saja

Mereka kata janga cepat putus asa
Tapi bila aku cuba mengapa pula mereka yang jadi tak selesa
Mereka kata selalu tunduk seperti padi bila aku tunduk mengapa kepala ku dinjak bertubi-tubi
Mereka yang kurang faham atau aku tak mengerti
Mungkin ku tak peduli
Ada kata yang menguris hati
Mungkin aku terlalu lantang
Maafkan aku kerana  berterus terang

Kalau suatu hari nanti sudah luput nama
Tiada lagi khabar tiada lagi berita
Kalau tidak bertemu aku nanti disana
Mahukah engkau cari atau lupakan saja

Kalau suatu hari nanti sudah luput nama
Tiada lagi khabar tiada lagi berita
Kalau tidak bertemu aku nanti disana
Mahukah engkau cari atau lupakan saja

Ingin ku luahkan semuanya didalam lagu
Tapi tak dapat ku sebutkan satu persatu
Tentang saudara dan sahabat dan jugak diriku
Jadi yang mana aku mampu aku beritahu

Kerana esok 
Belum tentu pasti
Belum tentu hadir
Belum tentu sempat mimpi

Belum tentu siang
Belum tentu pagi
Daoat jumpa bulan tapi bukan matahari

Yang mana sempat aku bertanya khabar
Yang mana sempat aku bersua muka
Yang mana sempat aku bersalam- salaman
Yang mana tidak , mohon nanti khabarkan

Bagaimanakah akhirnya aku pun tak tahu
Mungkin aku tersenyum
Mungkin ku nampak sayu
Mungkin ramai yang datang
Mungkin ada tak nak tahu
Mungkin lumrah dunia
Siapalah kita orang nak rindu
Siapalah aku orang nak rindu

Kalau suatu hari nanti sudah luput nama
Tiada lagi khabar tiada lagi berita
Kalau tidak bertemu aku nanti disana
Mahukah engkau cari atau lupakan saja

Kalau suatu hari nanti sudah luput nama
Tiada lagi khabar tiada lagi berita
Kalau tidak bertemu aku nanti disana
Mahukah engkau cari atau lupakan saja

Siapalah aku orang nak rindu


VIDEO

 

SHARE 4 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS