Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini , Naim hendak share salah satu qasidah kegemaran Naim iaitu yang bertajuk Undanglah Kami dinyanyikan oleh Zuhdi dan Irfan. Qasidah ini merupakan karangan  Ustaz Neezam Al Banjari. Sahabat-sahabat boleh cari dekat youtube. Kerana banyak qasidah karangan Ustaz Neezam  di youtube.

Qasidah merupakan satu syair di dalam memuji Rasullullah. Kerana ia lebih dekat kepada kita semua. Sebut sahaja  nama Nabi Muhammad, tak sedar akan terus berselawat. Berselawatlah kepada Nabi kerana kelak kita akan mencari Baginda untuk mendapat syafaat daripada Baginda.

Siapa tak sayang Nabi? Bila kita soal kembali persoalan ini, semua lidah pasti akan kelu kerana sangat mengasihi Kekasih Allah yang lama tiada di dunia, tetapi ia hadir di dalam hati-hati umat Baginda Nabi Muhammad. Tanpa melengahkan masa sahabat-sahabat semua. Naim share dahulu lirik untuk kita hayati lirik hasil karangan Ustaz Neezam Al Banjari. Semoga Allah menjaga Ustaz serta ahli keluarga ustaz di dalam mengajar cinta dan kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad.

LIRIK

Sudah lama hati merindu
Dengan kekasih yang satu
Bilakah masa dapat bertemu
Dengan kekasih agungmu

Kakiku kan terus melangkah
Menuju ke bumi Madinah
Selangkah demi selangkah
Dekatkanlah kami Ya Allah

Undanglah Kami Ya Rasullullah
Undanglah Kami  Ya Habibullah

Air mata terus mengalir
Hatiku tetap rasa khuwatir
Apakah kita kan terpisah
Bantulah cintaku Ya Allah.

Tiap kali ku berjalan,
memandang batu di jalanan,
Mengingatkanku batu Makkah,
salam kepada Rasulullah,

Manakah mungkin dapat lari
Dari mengingati MU Nabi
Jika amalan setiap hari
Ia Sunnah Baginda Nabi

Manakah mungkin hatiku sunyi
Dari limpahan rahmatMu Rabbi
Jika lisanku setiap hari
berselawat padamu Nabi

VIDEO


Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua. Kiat sebagai umat Nabi Muhammad sangat mengharap syafaat baginda kelak di akhirat.Dan semoga Nabi Muhammad mengenal kita semua asbab berselawat. Kerana berselawat ia menyelamat kita semua. Percayalah dengan berkat berselawat jiwa-jiwa kita akan tenang.


4 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama