Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ini Naim hendak share satu lagu yang baharu yang di yanyikan oleh Yaph. Sebenar Naim baru kenal Yaph ini kerana lagu beliau semua tone rendah dan ada unsur rapper sedikit. Kali ini beliau membawa lagu baharu yang bertajuk Versa Kamar Kerja.
Secara peribadi sambil dengar lagu dan hadam sedikit-sedikit lirik lagu ini , Naim rasakan lagu ini dikata keadaan sekarang yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia. Sama-sama berlawan dengan pendemik Covid-19 yang makin merungsing jiwa-jiwa manusia yang ada.
Lirik ini mengambarkan seseorang yang sedang berperang dengan pendemik ini ia akan menjadi lemah. Akan tetapi jiwa membara tidak meruntuhkan semangat kerana ia sedar dia ada Rabbi Yang Satu. Iaitu Allah Maha Besar Lagi Maha Penyayang. Bagi Naim sendiri ia memang kena dengan jiwa-jiwa sedang mencari ubat tenang jiwa.
Boleh layan lagu ini dan muasahabah diri dan kenapa wabak ini masih aktif , adakah kita masih jauh dengan Allah? Inilah sebab lagu ini bertanya kita ..
" Dan tulisan aku jelas
sebaris nafas
meditasi aku mencari
sebalik lafaz "
Tanpa melengahkan masa sahabat-sahabat semua. Jom kita layan lirik dahulu baru video klip lagu terbaharu dari Yaph.
LIRIK
Setiap kali aku sujud
setiap kali itu aku lemah
tubuh yang mula rebah
Bila tiba pendemik
Ku Perlu paramadik
kasi aku kekuatan
Nak tempuh setiap pasifik
Pasif aku berfikir
konpirasi teori
Agenda mereka yang nak
ubah jadi tragedi
Dan anak muda kita
hanyut dalam media
Berhibur hingga tiada punca
Dan mereka lupa..
Paranoia dunia
ketagihan morfina bisa
membunuh jiwa
Kalau masa boleh undur
tentu kita lebih mundur
Jadi aku syukur
Setiap kali aku
Setiap kali aku
Setiap kali aku
Setiap kali aku sujud x2
Jadi aku berperang
dengan mental dan jiwa
narkoba seludup dalam
setiap saluran minda
Famili dan sekutu
apa yang aku tuju
cuma Rabbi Yang Satu
Sungkur tidak bermakna
aku terus kecewa
tak kabur dengan mata
sudut carik bersila
Dan tulisan aku jelas
sebaris nafas
meditasi aku mencari
sebalik lafaz
Bismillah... mula hidup baru
Bismillah...cari cara aku
Bismillah....buat apa aku tahu
VIDEO
Bagaimana semua sahabat-sahabat? Naim harap semua terhibur mendengar lagu terbaharu dari Yaph ini. Kita doakan Pendemik Covid-19 ini segera lenyap..
betul kan, Sama-sama berlawan dengan pendemik Covid-19 yang makin merungsing jiwa-jiwa manusia yang ada hmm..rasa mcm duduk dlm penjara yg tak berpalang
BalasPadamBetul Atie. Kena tak mampu berlawan dgn wabak. Kena kembali kepada Allah jua
Padam