Assalamualaikum semua|  Sebut sahaja Munif Hijjaz semua akan mengenali susuk tubuh ini sentiasa memberi satu karya yang baharu di dalam media sosial beliau terutama di Facebook.Kali ini Munif Hijjaz membawa satu single yang terbaharu yang berjudul Agung CintaMu. Lagu ini rasanya baru release di channel youtube Munif Hijjaz sendiri yag bertarikh 18 Disember 2020. Boleh Naim katakan lagu ini memberi satu mesej yang sangat baik kepada masyarakat di  luar sana dengan kata, industri nasyid masih relevan lagi.

Sedikit pandangan peribadi Naim, lagu ini membawa satu jalan cerita seorang hamba Allah yang jauh dari Allah sedang kembali kepada Sang Pencipta. Lalu beliau berjumpa Hafiz dan Hafiz ini menjadi guru kepada hamba Allah ini untuk belajar mendirikan solat. Dimulai dengan cara-cara berwuduk, kemudian di ajar pula cara solat dengan betul.


Seterusnya hamba Allah  terus bertalaqqi dengan Hafiz mengaji tentang ilmu agama.Sebelum ia berpisah dengan Hafiz ini, Hafiz telah menghadiahkan satu buku kepada Hamba Allah ini. Maybe beberapa hari kemudian, Hamba Allah kembali ingin  Hafiz, di khabarkan oleh Munif Hijjaz yang Hafiz telah meinggal dunia. Ia agar terkejut. Nak tahu? kenali selama lirik  di bawah nanti.

Apakah mesej yang kita akan fahami video clip ini? 

1) Pintu taubat masih terbuka jika hati kita ingin berubah kepada kebaikkan.

2) Allah mempermudahkan urusan kita di ketemukan orang yang baik-baik untuk kembali ke pangkal jalan.

3) Allah hilangkan orang yang membantu kita untuk kita sentiasa mengingati jasa baik membantu kita sewaktu jahil.

4) Jangan putus asa dengan Allah.

Jom layan lirik dan video klip ya..

LIRIK

Kulirikan hiba jadi lembaran rindu
Membaitkan kata-kata dalam alunan pilu
Berabad lamanya kau tinggalkan aku
Tetapku kagumi hebatnya cintamu

Sejauh manapun kaki ini melangkah
Namun hanya kepadamu ingatanku terarah
Saat rindu memuncak nafasku teresak
Ternyata ini duka yang paling indah

Anihnya cintaku terhadapmu
Kerana tak pernah kita bertemu
Hanya nama dan kisahmu merajai hatiku
Andainya kau ada didepanku, Pasti lidah ini kelu 
Malu meluahkan rasa cinta kepadamu

c/0
Sedar diri ini masih jauh dari sempurna
Tetapku hulurkan kasih harap engkau terima
Walaupun tidak terbanding hebat kasih yang lain
Disimu aku berdamping

Oh penyejuk kalbu
Hanyalah satu yangku mahu
Besungguh aku merayu jangan sisihkan aku
Hatiku yang rapuh ini pasti hancur dan luluh
Andainya aku tidak bersamamu di syurga

LAGU : MUNIF AHMAD @ MUNIF HIJJAZ
LIRIK : ZURAITI (ATIE)

VIDEO



Bagaimana sahabat-sahabat dengan lagu terbaharu Munif Hijjaz, pasti ia memberi kelegaan kepada peminat nasyid menanti karya terbaru dairpada penasyid Malaysia kan. ALhamduillah lagu ini adlaah ubat yang terbaik pada waktu sekarang. Dan lagu Agung Cintamu ia memberi satu nafas yang baharu kepada kita agar tidak lalai dan Cinta Agung bukan terletak kepada manusia. Akan tetapi Cinta manusia kepada Sang Pencipta .

1 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. Sdp lagu munif hijjaz... Suara tidak pernah sekali pon berubah....

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama