kredit Siinurul.com

 Assalamualaikum semua dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat Naim kasihi. Jangan di lupa berselawat kepada Nabi Muhammad semoga di akhirat kelak kita semua mendapat syafaat daripada Baginda kelak. Insha ALlah. Naim harap semua sedang beristihat bersama-sama keluarga tercinta. Naim harap semua happy bersama keluarga tercinta. 


Pada malam ini, seperti biasa Naim akan menyambung kembali Cabaran 15 Hari Menulis Blog ini kerana masih berbaki lagi cabaran yang Naim tidak masuk di dalam blog Naim ini. Bukan senang kawan-kawan  dengan cabaran sebegini kerana idea kena fresh untuk tatapan rakan-rakan blogger yang ingin membaca dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menyokonh blog ini dan meninggalkan komen. Maaf jika lambat balasa komen sahabat-sahabat semua. Jangan berkecil hati ya. Terima kasih.

Entri ini berkisar Difficult time in mu life, waktu susah ? Sebenarnya tidak dinafikan Niam pernah lalui cabaran hidup yang sangat berat.Walaupun berat sekali dugaan ini. Fikiran kena sentiasa tenang dan fikir positif, bukan apa takut jika fikiran bercelaru ia akan membuat kita cemas membuat keputusan yang baik kepada diri kita sendiri. Ia akan membawa kepada kebinasaan kepada diri kita kembali. Jika Naim ada masalah yang berat , hanya youtube dan akan memberi ketenangan sebentar atau menunggang motorsikal melihat sawah padi di sekitar rumah Naim. Kerana ia buat kepada diri ini, bukan semua ubat ini perlu di makan tetapi ia terapi kepada diri Naim jua kekadang. 

Tidak dinafikan ada waktu itu, perasaan ini menjadi drop dan tekanan perasaan yang sangat teruk. Alhamduillah dan syukur kepada Allah ia tidak menjadi teruk seperti membunuh diri.Kerana iman masih membaluti diri ini walaupun hampir terbabas kekadang-kala , Allah masih menyelamatkan diri ini daripada terjebak di dalam lembah dosa dan neraka tempat di huni. Semoga Allah menyelamatkan akidah kita semua. Amin!

Sebelum Naim menutup kupasan kali ini, Naim ingin berkongsi tip-tip bagaimana keluar daripada kepompong masalah berbelenggu diri kita. Semoga ia bermanfaat kepada anda semua. 

1) Sentiasa berfikir positif
   
       - Berfikir secara positif ia akan memberi aura yang sangat baik kepada diri kita daripada terjebak kepada dosa. Singkirkan fikiran tidak baik di dalam diri kita nescaya hidup kita akan sentiasa aman damai.

2) Sentiasa doa, solat dan bertawakal kepada Allah

        - Dengan ketiga-tiga amalan ini akan menjadi perisai kepada diri kita. Bukan apa kita bukan maksum seperti baginda Nabi dan para Nabi, kita hanya hamba Allah terkadang akan terbabas jua dan kita sentiasa memohon ampun dari Allah dan bertawakal kepada Allah adalah jalan terbaik kepada diri kita.

Naim rasa setakat ini sahaja coretan untuk cabaran kali ini. Naim harap anda semua baik-baik belaka di bawah rahmat Ilahi dan sentiasa positif di dalam kehidupan harian anda. Sebelum berpisah, Naim akan berkongsi satu nasyid klasik yang berjudul Pesanan dari kumpulan Diwani.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Sentiasa kena percaya yang semua akan ok kan

    BalasPadam
  2. Dalam kehidupan ni, kesusahan tu memang perkara biasa. Untuk berjaya dan mendapatkan martabat di sisiNya, bukanlah suatu yang mudah. Kerana syurga itu mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes.. syurga itu mahal. asbab tu kena sentiasa positif

      Padam
  3. betul tu, kena cuba selalu positifkan diri

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS