Kredit Siinurul.com

 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semu baik-baik belaka bersama keluarga tercinta pada hari minggu ini. Mesti pelbagai aktiviti telah di susun bersama keluarga tercinta. Naim doakan semua baik-baik belaka dengan menjaga kesihatan anda tatkala anda berada.



Alhamduillah, pada hari ini Naim hendak berkongsi sedikit 'qoutes kegemaran' Naim.Pada yang sedia maklum kalau qoutes ini adalah kata-kata rangsangan atau lebih muda kata-kata semangat seperti di bawah  sebagai contoh.


Siri anime Naruto Shippuden merupakan lubuk kata-kata semangat kepada diri Naim sendiri kerana siri anime ini memberi kelainan kepada peminat siri anime  dari negara Matahari ini iaitu Jepun. Yang mana mengikuti dari awal tahun ini Naim kerap menungkil sisi baik dari siri anime Naruto ini berkisar kehidupan manusia dan masyarakat yag sedang berlaku sekarang .Pergolakan keluarga, cinta , persahabatan hatta musuh ini semua berada di dalam siri anime Naruto.

Baik, kembali kepada Favourite Qoutes adalah perbualan antara Uchiha Obito dan Hatake Kakashi selepas Rin di culik oleh musuh. Apakah perbualan mereka yang menjadi Qoutes yang membekas di dalam hati ini .

" Orang yang melanggar peraturan boleh anggap sampah, tapi orang tak peduli kawan lebih teruk daripada sampah " - Uchiha Obito.




Hatta Naim sendiri pun ada qoutes sendiri iaitu :-

" Jangan jadi tisu hanya mengelap benda kotor sahaja"

dan

" Jangan jadi boneka kepada orang lain, jadilah diri sendiri "

Sebab dua qoutes ini memberi kesan kepada diri Naim sendiri, kerana Naim melihat orang sekelilingi Naim yang akan mempengaruhi kehidupan kita semua. Bukan semua orang memberi kebaikan kekadang ia memberi keburukan kepada diri sendiri tanpa kita sedari. Oleh itu, berhati-hati  di dalam memilih kawan kerana kekadang kawan ini macam jerangkap samar , kerana ada mereka hanya ingin mengambi kesempatan kepada diri kita.

Akhir sekali, apakah qoutes kegemaran anda semua? Jom berkongsi kata-kata qoutes kegemaran anda. 

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Oh sudah ke cabaran ke-11.
    Petikan kegemaran "pandang semua perkara daripada sudut positif"

    BalasPadam
  2. aahla, apa fav quote saya ek, macam terlalu banyak quotes yang saya suka hehe

    BalasPadam
  3. Naruto mesti ada kata2 motivasi kan..

    BalasPadam
  4. Naruto mesti ada banyak kata2 motivasi kann..

    BalasPadam
  5. org yg ckp naruto tak best tu , mmg takleh gang

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS