![]() |
| kredit Siinurul.com |
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat. Hari ini hari terakhir di dalam tahun 2020. Pelbagai ragam dan aktiviti kita lakukan pada tahun 2020. Yang pasti tiada lagi kereta terbang seperti mana bayangan Naim ketika di bangku sekolah bagi bebudak 90-an. Alhamduillah semoga Allah mengangkat Covid-19 dan kita kembali normal di dalam kehidupan harian kita. Insha Allah.
Seperti biasa, Naim kembali menyambung cabaran yang masih tertunggak. Kali ini bertajuk kalau Kaya? Apakah Kaya sebenar di bagi sisi manusia. Jom kita bersama-sama membaca apa yang hendak Naim nukilkan di dalam entri kali ini. Kalau Kaya Apa yang anda ingin lakukan?
Sebenarnya tiada perancangan lagi jika Naim kaya akan tetapi kaya ini adalah ujian kepada manusia . Kekadang kaya jua menjadi nafsu membuak-buak kepada dunia semata-mata.Ini membuat manusia alpa dan hilang kewarasan akal. Dan kuasa beli dan mata wang akn menjadi pilihan drastik kepada semua manusia sekarang.
Jika kaya, Naim ingim membeli satu set pc gaming. dan menjadi impian seorang lelaki dan Naim jua kaki gaming juga. Kekadang kebatasan kewangan ia menjadi pilihan kedua di dalam pengurusan kewangan. Ini membuat kita ada pilihan yang keperluan dan kehendak. Jika kita pandai mengurusa kewangan dengan bijaksana kita mampu menangani keborosan diri di dalam mengurus kewangan.
Selain itu, jika kaya Naim ingin membantu masyarakat yang kesusahan dan kekurangan di dalam Malaysia ini seperti mana Ustaz Ebit lakukan sekarang. Kita kekurangan orang kaya di dalam membantu orang miskin dan kurang kemampuan.
Seterusnya, Naim ingin membuka pasar raya di dalamnya memjual barang-barang keluaran Muslim dan bumiputera kerana sektor makanan di Malaysia kurang menekankan kualiti dan fardhu kifayah di dalam aspek pemakanan ini. Kerana mencari halal adalah kewajipan seorang Muslim.
Rasanya itu sahaja keinginan jika Naim kaya, kekadang hidup ini macam lagu Altimet , Kalau Aku kaya. Yang pasti biar sederhana di dalam kehidupan dan kaya dengan budi bahasa nescaya aman hidup kita.

semoga tercapai keinginannya suatu hari nanti.. inshAllah
BalasPadamTerima kasih, Insha Allah.. :)
Padam𝙎𝙚𝙢𝙤𝙜𝙖 𝙞𝙢𝙥𝙞𝙖𝙣 𝙣𝙖𝙞𝙢 𝙪𝙩𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙠𝙖𝙮𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙠𝙚𝙣𝙮𝙖𝙩𝙖𝙖𝙣. 𝘼𝙖𝙢𝙞𝙞𝙣.
BalasPadamInsha ALlah Abam Kie. AMin....
Padamjual barangan muslim dgn harga yg berpatutan... aminnnnn !
BalasPadamInsha Allah Atie.. :_)
Padamset gaming tu memang wishlit kaki gaming. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan naim :)
BalasPadamUuiiii set gaming! Nice!!! Moga hajatnya tercapai...
BalasPadam