![]() |
| kredit Siinurul.com |
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Naim harap semua baik-baik belaka ya, Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad, semoga di akhirat kelak kita semua mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad. Insha Allah.
Pada malam ini, seperti biasa pada entri-entri sebelum ini Naim akan menyambung lagi cabaran yang belum habis di siapkan. Kali ini bertajuk Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda. Sebut sahaja pendidikan, kita telah di ajar di dalam agam Islam amnya betapa pentingnya pendidikan. Bagaimana surah Al-Alaq di turunkan. Bagaiman Malaikat Jibrail mengajarkan kepada Nabi Muhammad membaca surah ini .
Cukup setakat cerita sirah tentang itu, kerana Naim tak pandai sangat. Kita sudah jelas di dalam agama Islam telah menekankan betapa penting nya pendidikan ini. Kerana ilmu ini sangat berguna pada diri kita semua. Kerana ilmu ini akan merangkaui pelbagai aspek yang ada di atas dunia ini termasuklah di dalam perkara pentadbiran negara, politik, sosial-ekonomi dan banyak lagi dan tak mampu Naim senarai kan satu persatu.
Dengan pendidikan ini masyarakat d sebuah negara akan menjadi maju di dalam pelbagai aspek dan ia tidak mundur di telan arus perdana dunia. Kerana pendidikan ini akan memancukan negara kepada lebih baik. Dengan pendidikan gabungan dunia dan akhirat ia menjadi negara itu bebas daripada gejala pecah amanah, ketirisan ekonomi , politik tidak stabil dan banyak lagi akibat yang membuat sesebuah negara hancur akibat tiada pendidikan ini.
Di dalam agama Islam jua, menekankan aspek menanya kepada arif di dalam bidang tertentu ini membuktikan pendidikan sangat penting di dalam kehidupan seseorang manusia. Sebagai contoh jika kita sakit gigi siapakah harus kita berjumpa mestilah seorang doktor yang arif tentang gigi bukan mekanik kenderaan tidak pasal gigi kita akan di cabut hanya tinggal gusi sahaja.
Naim tutup cabaran ini dengan video Ustaz Abdul Somad. Semoga ia memberi inpirasi anda terus mengejar dan berlari mencari ilmu kerana. Ilmu ini pelita kehidupan. Macam persis lagu nasyid Pelita Hidup-Hijjaz.

menarik jugak cabaran ni.. sebab kan selalu cari idea nak update ape.. :)
BalasPadamhahaah jumpa mekanik bila sakit gigi..dia cabut cuma playar ja ahaha
BalasPadamustaz ni best ceramahnya
BalasPadambetul tu.. sgat penting pendidikan dlm kehidupan manusia tidak kira pendidikan agama mahupun bidang lain.. Semoga dengan ilmu yg kita ada dapat berbagi manfaat dgn org lain ^^
BalasPadam