kredit Siinurul.com

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger.Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta hatta yang bekerja dari rumah sentiasa menjaga kesihatan masing-masing. Tambahan pula kes yang baharu makin meingkat sekarang mencatatkan 3 angka sahaja kes baharu. Oleh itu sentiasa berdoa kepada Allah  agar Allah memelihara daripada segala penyakiat berbahaya ini.


Entri kali ini, Naim menyambung kembali cabaran 15 hari menulis blog yang masih berbaki dan tertangguh dari tahun lepas lagi dan kini sudah masuk 2021.Ia masih tak silap lagi. Insha Allah di dalam masa terdekat ini, Naim akan mencuba menghabiskan baki cabaran ini.  Bukan mudah untuk mencari idea untuk menulis ini kekadang ia datang dan kekadang ia terbang begitu sahaja. 

Di dalam cabaran kali ini yang bertajuk 5 thing i hope to have in future atau dalam bahasa mudah 5 perkara yang Naim akan lakukan di masa hadapan.Sebut masa hadapan seperti mana di kata adalah angan-angan atau cita-cita kan. Secara peribadi Naim pun perkara-perkara yang hendak di lakukan terutama pada diri Naim hatta keluarga Naim sendiri. Kerana kehidupan kena di pandu dengan agama agar kita tidak terbabas di persimpangan.

Baiklah  perkara pertama Naim lakukan ialah :-

1) Pergi Madinah dan Mekah 

Tempat ini akan menjadi pilihan utama kepada orang Islam tatkala musim Haji hatta musim ziarah  iaitu menunaikan ibadah Haji dan ibadah Umrah.  Inilah first choice di dalam perkara yang Naim akan lakukan pada masa hadapan. Jika di izinkan oleh Allah. Doakan Naim!. Yang pasti Mekah dan Madinah adalah tempat yang bermakna kepada kita orang Islam  di situlah jua permulaan Islam bermula dan Nabi Muhammad menjadi ketua di dalam penyebaran agama Islam. ALhamdullah kini agama Islam di anuti oleh seluruh pelusuk dunia. Asbab dakwah baginda Nabi Muhammad. Beruntung kita menjadi ummat kepada Nabi Muhammad.

2) Berkhidmat Kepada Dua Ibu Bapa

Ya, nampak benda biasa kan, dan perkara ini Naim tanamkan di dalam diri Naim agar sentiasa berkhidmat kepada dua ibu bapa Naim . Kerana mereka syurga kepada Naim jua.  Di dalam sirah, ada seorang tabiin ( seorang yang hidup di zaman Nabi Muhammad, tetapi tak pernah lihat wajah Nabi). Di mana di cerita  Uwais Qarni sangat taat kepada ibunya dan waktu yang sama kerinduan kepada Nabi Muhammad sangat menebal. Dengan keizinan ibunya, Uwais segera pergi ke bumi Madinah untuk berjumpa Nabi, dan alangkah sedih pabila Nabi tiada ada waktu beliau ke sana dan beliau kena segera pulang ke Yaman kerana kesihatan  ibunya tidak baik. Oleh itu, berkhidmat kepada ibu bapa adalah sangat mulia di sisi agama Islam dan seorang anak kena sentiasa berkhidmat kepada mereka sama ada masih hidup atau sudah kembali kepada Allah.

3) Menjadi Seorang Blogger Yang Sukses

Kerana sudah lama di dalam dunia blogging dan Naim menjadi harapan masa hadapa boleh berjaya menjadi seorang blogger yang sukses demi negara hatta agama.

4) Military Asset

sebagai seorang lelaki, Naim memang minat tentang ketenteraan ini dan Naim akan follow page-page di Facebook yang berkaitan ketenteraan seperti Malaysia Military Power, Kacak Taktikal dan banyak lagi. Jika di beri peluang Naim ingin melihat asset ini di depan mata kelak. Jika di beri keizinan, hehe 😃😃

5) Menjadi Collector Yang Berjaya

Sebagai peminat siri komik . Naim akan mencari komik untuk di simpan di masa hadapan kerana, nilai komik akan meningkat bergantung kualiti komik itu. hehe


Alhamduillah siap jua cabaran kali ini dan 5 perkara ini menjadi sebahagian  di masa hadapan. Sama ada ia akan tercapai atau tidak ini di dalam rahsia Allah jua. Kita mampu mengatur jalan tetapi jalan terbaik adalah datang dari Allah jua.  Yang penting yang putus asa dan jalan terus.

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. amin amin amin !!!! hopefully semua ni tercapai :)

    BalasPadam
  2. semoga semua impian Naim berjaya

    BalasPadam
  3. Bagus semua impian Naim tu. Semoga dapat dicapai. Kena tingkatkan usaha dan banyakkan doa.

    BalasPadam
  4. Semoga semua impian Naim tercapai. Nak-nak no 1 tu. Impian saya juga tu :)

    BalasPadam
  5. Semoga impian Naim tercapai insyaAllah.. aamiin

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS