Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Tatkala masing-masing berada di zone PKP, PKPB ,PKPP. Di harap semua banyakkan bersabar terus berdoa kepada Allah agar wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. Jangan di lupa jua untuk berselawat kepada Nabi Muhammad agar kita akan mendapat syafaat daripada Baginda kelak. Insha Allah.

Seperti tajuk entri ini, Naim ingin luahan sahaja di dalam entri ini sebabnya tidak ada tajuk yang sesuai untuk di bahaskan. Alhamduillah sepanjang tahun 2020 Naim dapat kawan-kawan yang baharu di dalam dunia blogger.Mereka semua hebat-hebat belaka dan setiap artikel mereka sangat menarik dan bertepatan dengan hala tuju blog mereka. Sepanjang setahun yang lalu, banyak segmen , giveway, bloglist segmen yang Naim sertai dan ada berpeluang menangi hadiah jua ( hehe). Dari segi jumpa follower ada jua meingkat di dalam 10%-15% sahaja ia cukup memandai  untuk blog kecil Naim ini.

Jumlah Post blog ini agar ketara jua kerana Naim tidak menulis satu hari dengan dua atau tiga untuk di post. Naim hanya setkan 1 hari 1 post sahaja. Asbab kekeringan idea untuk menulis menjadi asbab 'malas' ia bertapak di diri ini. Biasalah seorang blogger sukar mencari idea kerana malas ini makin bertapa di dalam diri ini.

Komen bagaimana?

Alhamduillah setiap entri Naim publish ada sahabat-sahabat blogger akan kunjung dan memberi komen. Insha Allah Naim akan membalas satu persatu jika ada waktu. Jika lambat balas, minta maaf ya. Yang pasti silent reader banyak di blog Naim hatta di blog rakan-rakan. Jangan bersedih jika mereka tidak meninggalkan komen di blog kita. Berlapang dada kerana kedatangan mereka memberi traffik kepada blog kita sebenarnya secara tidak langsung.


Sehari pageviews berapa?

Yang ini segan hendak beritahu sahabat-sahabat semua,  kalau dahulu tahun sebelum 2020 hendak mendapat sehari 100 pageviews memang sukar sekali. Alhamduillah pada 2020 asbab join segmen dari rakan-rakan blogger hatta bloglist di blog rakan-rakan blogger ia menambah jua sehari sudah mendapat 100-200 pageviews. Not bad lah kerana blog kecil sahaja blog Naim ini. Naim tidak berputus asa begitu sahaja, banyak membaca tip-tip dari otai-otai di dalam dunia blogging ini. Insha Allah lepas ini pageviews akan meingkat ke arah 500 pageviews sehari? haha. Tidak salah kan untuk berangan di siang hari. hehe

Iklan adsense naik?


Bab iklan adsense ini agar sendu jua kekadang ia ada masuk jua,sehari 1 sen sahaja kekadang sehari 40 sen. Alhamduillah. Naim banyak membaca tip-tip meningkat adsense ini dan keyword daripada otai blogger jangan berputus asa di dalam adfsense ini. Insha Allah lepas ini sehari seringit kot hehe.

  Akhir kalam dari Naim ialah setiap yang berlaku pada blog kita sendiri amnya. Jadilah diri sendiri kerana kita tidak mampu menjadi seperti orang lain di dalam dunia blogging. Untuk mencapai kejayaan kena bermula dari bawah nescaya kejayaan kita kelak hasil titik peluh kita sendiri. Sabar dan terus melangkah. 

7 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. semoga terus maju jaya En Naim dalam dunia blogging! Ganbate!

    BalasPadam
  2. Tahniah rajin mengentri
    Followers pun ramai.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.
    blogging ni kena ada network kuat = blogwalking.
    moga naim terus blogging dan sharing info bermanfaat ye.

    BalasPadam
  4. Selain adsense, boleh buka slot ambil iklan sendiri juga ��

    BalasPadam
  5. Selamat maju jaya ya naim! teruskan menulis!

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama