kredit Siinurul.com

 Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka. Yang mana berada PKP di harapkan banyakkan bersabar sentiasa berdoa kepada Allah, semoga Allah memberi ketenangan kepada kita semua. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad semoga kelak kita mendapat syafaat daripada Baginda Nabi Muhammad.

Alhamduillah kini dah sampai kepada penamat kepada cabaran ini,  Memang rare cabaran ini sampai berhari-hari hendak di siapkan kesemua tajuk-tajuk yang sangat menarik dan begitu mencabar hendak menyiap satu-satu tajuk ini. Rasa tenang seketik pabia siap semua cabaran ini. Semoga ia memberi kepuasan kepada diri Naim sendiri.

Sebut sahaja Dimanakah Anda Pada 10 Tahun Kemudian?  Tiada ada jawapan khusus yang dapat Naim berikan waktu sekarang. Kerana di bawah takdir Allah di dalam beriman Qada dan Qadar. Kerana setiap orang Islam wajib beriman dengan pekara ghiab termasuk dengan soal aspek MATI ini. Sejujurnya tiada perancangan yang khusus untik masa hadapan iaitu 10 tahun kehadapan.

Yang pasti di dalam melangkah ke arah 10 tahun hadapan, bagaimana kita membersih jiwa dan rohani? bagaimana hubungan kita dengan Allah? Bagaimana hubungan kita sesama insan? . Tiga persoalan ini kena sentiasa ada di dalam jiwa dan rohani kita jika hendak memikirkan soal masa hadapan. Kerana hubungan dengan Allah kita tidak baik bagaimana kita mecipta hubungan dengan manusia dengan ke arah masa hadapan.

Yang pasti Naim akan menjadi anak yang baik kepada ibu bapa Naim yang masih ada di sisi Naim sekarang. Semoga Allah memberi kesihatan baik kepada ibubapa Naim dan jua kepada ibu bapa kita semua. InshaAllah..



I hope y'all enjoy song from Ramli Sarip.. hehe

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Bagus entry cabaran macam ni. Buat kita lagi kreatif mencipta ayat untuk blog sendiri. Keep it up Naim! ^^

    BalasPadam
  2. kan??? tiada rancangan khusus utk 10 tahun akan dtg kan .. me too ! haha

    BalasPadam
  3. 10 tahun, apapun mungkin, kan :)
    utk aida, masa tu, anak-anak da abis skola menengah.
    maybe yg sulung dah pun bekerja. in shaa Allah.
    di mana aida? masih di sini. tapi lebih releks dari hari ni.
    kebebasan wang ringgit da ada masa tu :)
    travel. holiday. in shaa Allah.

    BalasPadam
  4. Cik TK pun tak ada jawapan yang khusus untuk itu. Mungkin kahwin dan ada anak. Dan... Entahlah.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS