Kedah Darul Aman Melaksanakan Kembali PKP

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 19, 2021

 



Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta tatkala pendemik Covid-19 masih aktif di tanah air Malaysia tercinta ini. Paka-pakat menjaga kesihatan diri masing-masing ya. Semoga wabak ini segera berlalu di seluruh pelusuk dunia.

Petang tadi pabila buka aplikasi Telegram di saluran Majlis Keselamatan Negara , yang mana seluruh negeri Kedah Darul Aman akan melaksanakan Perintah Kawalan Perintah bermula pada 22 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021. Ia bermakna dua minggu rakyat negeri Kedah akan  berada frasa S.O.P ketat oleh pihak berkuasa. Rasanya negeri yang turut serta di kenakan PKP iaitu Perlis, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan dan kecuali rasanya negeri Sarawak masih di bawah PKPP.

Di dalam tempoh dua minggu terkurung di rumah akan membuat diri kita cepat cemuih (bosan). Insha Allah, ia kebaikan bersama-sama dengan menjaga kesihatan ahli keluarga daripada terdedah kepada jangkitan Covid-19 ini.

Naim harap semua banyak bersabar dan terus berjuang dan tidak lupa untuk berdoa kepada ALlah agar wabak ini segera lenyap di muka bumi ini, Insha Allah. Amalkan Bismillah 5 ini sebelum keluar rumah . 

SHARE 4 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS