Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Semoga Allah memelihara kita semua daripada terkena wabak Covid-19 ini. Kita berdoa kepada Allah segera lenyapkan wabak ini.
Pada pagi ini Naim hendak share satu nasyid yang Naim minat iaitu Kullul Qulub atau di dalam bahas arab كل القلوب ..Maksud Kullu Qulub ialah setiap hati, kerana setiap hati kita semua mempunyai perasaan sayang dan cinta kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W.Walhal kita sudah terpisah dengan baginda Nabi Muhammad sudah 1400 tahun hijrah. Akan tetapi Nabi Muhmmad sentiasa ada di hati-hati orang Islam.
Di dalam hadis Baginda bersabda siapa yang berselawat ( satu kali) kepada ku (Rasullullah) Allah akan membalas kepada dia sebanyak 10 kali.Sesungguhnya Allah memuliakan umat Nabi Muhammad. Kerana Nabi jua mengasihi kita umat Akhr zaman kerana kita lebih mencintai baginda walhal kita tak pernah bersua jumpa. Insha Allah di akhirat kelak kita semua akan dapat ketemu kekasih agung kita semua iaitu Habibul Mustafa Rasullullah Nabi Muhammad.
Jom kita dengar nasyid berserta lirik untuk semua menghayati setiap bait-bait lirik ini.
VIDEO
LIRIK
کل القلوب
Kullul qulûb
Setiap hati
کل القلوب الی الحبيب تميل
Kullul qulûbi ilâl habîbi tamîlu
Setiap hati yang cenderung mencintai sang kekasih (Nabi Muhammad saw)
ومعي بذلك شاهد
Wa ma’iya bidzâlika syâhidun
Padanya terdapat tanda
شاهد ودليل
Syâhidun wa dalîlu
..tanda dan bukti
أما الدليل إذا ذگرت محمدا
Ammad-dalîlu idzâ dzakartu Muhammadan
Tandanya, adalah ketika kumenyebut nama Nabi Muhammad (saw)
صارت دموع العاشقين تسيل
Shôrot dumû’ul ‘âsyiqîna tasîlu
Mengalirlah airmata orang yg terdendam rindunya
هذا رسول الله
Hâdzâ Rosûlullâh
Dialah Rasulullah (saw)
هذا رسول الله
Hâdzâ Rosûlullâh
Dialah Rasulullah (saw)
هذا المصطفی
Hâdzâl Mushthofâ
Dialah insan yang terpilih
هذا لرب العالمين خليل
Hâdzâ lirobbil ‘âlamîna kholîlu
Dialah kekasihnya Allah, Tuhan semesta alam

tenang jeeee dgr
BalasPadamnice lyric :)
BalasPadam