Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka. Kelmarin Perdana Menteri Malaysia di dalam perutusan khas berkata seluruh Malaysia akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu PKP 2.0, PKPB , dan PKPP



PKP melibatkan beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, Johor, Melaka dan Sabah.




Manakala PKPB juga melibatkan beberapa negeri iaitu Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Negeri Perlis dan Sarawak hanya di kenakan di bawah PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Berbalik kepada negeri-negeri di bawah PKP mereka tidak dibenarkan rentas negeri dan daerah. Negeri-negeri di bawah PKPB mereka hanya tidak dibenarkan rentas negeri dan dibenarkan rentas daerah.

Melihat situasi ini, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan anda semua. Keluar rumah hanya urusan penting sahaja. Jika ingin membeli barangan , belilah untuk seminggu agar tidak menghadapi kesulitan kehabisan barang kelak. Jangan jadi pembeli panik ( buyer panic) ini akan merugikan anda semua. Gunalah aplikasi MySejahtera jika lawati pasar raya. Jika tiada, tulis nama dan number phone di buku di sediakan. Kita jaga kita..

2 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama