Kedah Benarkan Jamuan Berbuka Puasa dan Moreh

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 31, 2021


 Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua sihat-sihat belaka dan sentiasa menjaga kesihatan di musim pendemik Covid-19 ini. Jangan  di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad semoga keberkatan berselawat , Allah mempermudahkan segala urusan harian kita semua. Insha Allah.

Kurang dua minggu lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang sangat di nanti-nantikan umat Islam seluruh dunia. Tambahan pula Ramadhan tahun ini kita masih berada di dalam pendemik Covid-19 ini. Bersama-sama kita doakan Covid-19 ini segera lenyap di muka bumi tercinta ini. Dan kita semua kembali normal di dalam kehidupan harian , Insha Allah.

Jabatan Agama Islam Negeri Kedah amnya telah mengeluarkan satu memo aktiviti keagamaan bulan Ramadhan tahun ini. Yang kita sedia maklum solat sunat terawih di benarkan mengikut keluasan masjid dan surau. Dengan pematuhan S.O.P yang telah di gariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Naim harap rakan-rakan di negeri lain boleh solat sunat terawih di masjid dan surau jua.

Jabatan Agama Islam Negeri Kedah membenarkan  program Tadarus Al-Quran, program Qiamualail, Jamuan Berbuka Puasa, Moreh dan Sahur. Ini memberi satu kebaikan kepada rakyat Kedah amnya dapat nikmati rahmat Bulan Ramadhan tahun 2021 masihi. Semua aktiviti ini tertakluk kepada pematuhan S.O.P yang ketat. Boleh rujuk gambar rajah di bawah :-





Alhamduillah, Semoga Ramadhan tahun ini memberi cahaya kepada seluruh umat Islam pelusuk dunia dan kita berdoa agar Covid-19 ini segera lenyap di muka bumi ini. Insha Allah.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah.
    Semoga covid19 cepat cepat terhapus. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

    BalasPadam
  2. wah.... bagus naaa...
    sana dah hijau kan harap SOP x lupa ye

    BalasPadam
  3. kena ikut SOP yang diberikan =)

    BalasPadam
  4. semoga semua pihak akan mematuhi SOP yg telah ditetapkan...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS