Naim Menangi Mini Segmen Blogger Syazni Rahim

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 02, 2021

kredit https://www.syaznirahim.com

 

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Entri kedua pada pagi ini jua adalah kegembiraan juga pabila Naim menangi satu mini segmen dari kak Syazni Rahim di dalam segmen beliau Cipta Perenggan Kreatif. Di beri task yang sangat menarik satu ayat dan kita kena olah ayat tersebut menjadi satu perenggan yang agar panjang dan menarik emosi dan perasaan yang membacanya.

Pabila berkisar Kesusasteraan Melayu, Naim tidak tolak asbabnya kenapa ya? Nak Naim habaq semua? hehe. Yang pertama Naim sangat minati bab Kesusasteraan Melayu. Kalau sahabat-sahabat perasaan Naim selalu share lagu-lagu tempatan tetapi lirik dia sangat deep ( ada makna tersirat dan tersurat ). Yang Kedua pula, Naim dahulu di bangku sekolah menengah , Naim mengambil aliran Perdagangan dan subjek Kesusasteraan Melayu pun ada sama. Dah nama orang muda ini malas sebenarnya hendak membaca buku-buku sastera ini tambahan pula kena belajar gaya bahasa, dan banyak lagi bahasa-bahasa indah Kesusasteraan Melayu. Dari dapat gred E dan result SPM dapat la A- kalau tak silap Naim. Begitulah serba sedikit rahsia  yang Naim tak bagitau siapa-siapa lagi.

Melihat mini segmen Kak Syazni Rahim ini, Naim pun mencuba menghantar short perenggan tersebut. Nak baca tak?



Ini jawpaan membawa kemenangan kepada Naim. Alhamduillah. Di sini Naim hendak jelaskan beberapa perkara iaitu Angin Timur. Aingin timur bahasa sinonim dengan orang utara terutama orang bekerja sawah. Angin timur musim orang tuai padi dan waktu itu jua cuaca menjadi sangat panas di waktu siang dan waktu malam menjadi sejuk sehingga waktu subuh.

Akhir sekali terima kasih kepada Kak Syazni Rahim kerana memilih Naim sebagai pemenang dan semoga ALlah memurahkan lagi rezeki akak sekeluarga.


UPDATE 8.03 PM (2/3/2021)

Dalam pukul 3 petang tadi, posmen dari J&T telah menghantar bungkusan hadiah dari kak Syazni.



SHARE 10 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS