Harapan Ramadhan- Raihan & Mai Bai

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 21, 2021


 
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim harap semua baik-baik belaka. Alhamduillah hari ini 9 Ramadhan 1442 Hijrah dan esoknya 10 Ramadhan terasa cepat masa berlalu kan. Tambahan pula kita masih berada di dalam status PKPB dan PKPP dan terasa waktu makin berlalu deras. Semoga Covid-19 segera pergi di muka bumi ini. 

Seperti biasa, Naim akan share lagu nasyid bertema Ramadhan. Kali ini dari kumpulan nasyid lagenda iaitu Raihan dan Mai Bai. Yang bertajuk Harapan Ramadhan.

Apa Harapan Ramadhan Kalian Semua?

- Jika di tanya kepada Naim sendiri, Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kita di dalam bulan Ramadhan 1442 Hijrah. Kerana tidak tahu sama ada tahun hadapan kita masih di beri peluang seperti ini lagi. Ramadhan tahun lain dari tahun sebelum nya kecuali 2020. Yang mana Covid-19 masih aktif lagi di negara Malaysia tercinta.

Kekadang Naim termenung sebentar mengenang asbab Covid-19 ini. Bukan menidakkan takdir daripada Allah. Masih berfikir apakah wabak ini penyebab kita senang masuk syurga Allah kelak. Kerana sebagai Hamba Allah tidak terlepas melakukan kesilapan sama ada sedar atau sebaliknya. Naim sentiasa berdoa semoga Allah memperkenankan setiap doa-doa hambaNYA di bulan Ramadhan. Kerana Doa di bulan Ramadhan sangat baik . Jika di izinkan Allah dan dimakbulkan oleh Allah. Oleh itu, jangan berputus asa berdoa semoga Allah lenyapkan Covid-19 ini segera boleh rentas negeri. hehe

Balik kepada tajuk asal, seperti biasa Naim akan share lirik lagu dahulu selepas itu Naim share video dari youtube. Semoga ia memberi motivasi kepada kita semua beribadah di dalam bulan Ramadhan 1442 Hijrah dan 2021 Masihi.

LIRIK

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

VIDEO

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. harapan Ramadan akak agar Allah ampunkan dosa-dosa dan terima amalan. Tiap-tiap malam doa supaya covid19 diangkat dari bumi sebab kasihan ramai hilang mata pencarian

    BalasPadam
  2. Sama harapan dengan saya, semoga ramadhan kali ni lagi baik dari ramadhan sebelum ni.
    Sekejap je masa berlalu, dah 10 hari kita berpuasa kan.

    BalasPadam
  3. da lama xdngar lagu harapan ramadhan nii. :)

    BalasPadam
  4. amin amin... harapan kita sama.. moga amalan diterima Allah juga

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS