kredit google image

 

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Yang pasti ibu bapa akan sibuk menjelang hari esok ( Isnin 5/4/2021) kerana pelajar dari sekolah rendah akan kembali ke sekolah. Semoga Allah memelihara kalian semua.

Malam ini Naim kembali untuk share lagu bertema Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Ramadhan.Malam ini Naim share lagu dari kumpulan lagenda iaitu kumpulan Rabbani, lagu mereka berjudul Ahlan Wa Sahlan Ramadhan. Jika di translate kepada Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu ia bermaksud Selamat Datang Ramadhan.

Sebut sahaja kumpulan Rabbani, Naim yakin ia sudah di kenali ramai oleh masyarakat Malaysia amnya. Tiap kali menjelang bulan Ramadhan lagu-lagu ini akan disiarkan di dalam kaca televisyen atau di corong-corong radio tempatan. Lagu nasyid dari Rabbani sangat dekat dengan pendengar tambahan pula suara arwah Ustaz Asri Ibrahim sangat gemersik dan lunak pabila kita hayati bait-bait lirik tersebut.

Tanpa melengahkan masa sahabat-sahabat semua. Naim akan share lirik dan video untuk sama-sama kita dengar dan hayati lirik tersebut. Insha Allah

LIRIK

Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah Bertambah keberkatannya
Dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
Dan rasa berdosa

Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
Berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
Membasuhi daki dunia

Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka Seperti ketibaan orang yang kita cinta Dengan ucapan Ahlan Wa Sahlan
Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan Didatangkan pula Lailatul Qadar Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga


VIDEO



Alhamduillah, Naim harap semua terhibur dengar lagu pilihan Naim malam ini, Insha Allah ada lagi lagu-lagu yang bertema Ramadhan akan Naim share selepas ini. Jadi sentiasa mai blog Naim selalu ya. Terima kasih semua.

4 Ulasan

sila tinggal kata-kata anda:

  1. semoga Ramadan kali ini dapat kita sambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan

    BalasPadam
  2. rindu nya nak dgr lagu2 ramadhan n raya lepas ni...

    BalasPadam
  3. Tak lama je lagi nak masuk Ramadhan. Dah terasa suasana Ramadhan sekarang ni :)

    BalasPadam
  4. terhibur yes.. sbb mmg suka rabbani dari dulu

    BalasPadam

Catat Komen

sila tinggal kata-kata anda:

Lebih baharu Lebih lama