Rahman Ya Rahman- Zayne & Farhatul Fairuzah

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 25, 2021


 

Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat blogger.Naim doakan semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Bagaimana Ramadhan sahabat-sahabat, Naim doakan terbaik di dalam kehidupan anda semua. Insha Allah. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga berkat berselawat, Allah mempermudahkan segala urusan harian kita semua.

Malam ini Naim share lagu nasyid cover boleh Naim katakan kerana lagu asal Rahman Ya Rahman di nyanyikan oleh Qari terkenal iaitu Mishari Rashid Al Afasy. Kali ini Zayne dan Farhatul Fairuzah membawa lagu Rahman Ya Rahman dengan versi baharu kerana gabungan suara sangat terbaik bagi diri Naim sendiri. Jika tahu suara dari Farhatul sangat lunak pabila mengalun lirik tersebut.

LIRIK

رحمن يا رحمن
ساعدني يا رحمن
اشرح صدري قرآن
املأ قلبي قرآن
واسقي حياتي قرآن

Rahman ya Rahman
Ku memohon ya Rahman
Penuhi hatiku dengan
kemuliaan al-Quran
di dalam kehidupan

رحمن رحمن
ساعدني يا رحمن
اشرح صدري قرآن
املأ قلبي قرآن
واسقي حياتي قرآن

Allah Allah
Permudahkan ya Allah
Ku membaca Kalamullah
Dari awal Bismillah
Hingga akhir kalimah

يا نور يا نور
يا محكم يا تنزيل
لمحمد عن جبريل
من رب العرش دليل
للعالم والإنسان

Rabbi Rabbi
Berkatilah kami
Dengan al-Quran yang suci
Menjadi perisai diri
Hidayah yang abadi

الله الله اللهم اجمعنا
بكتابك وانفعنا
واجعله لنا حصنا
وهدا ابدا وامان

رحمن رحمن
ساعدني يا رحمن
اشرح صدري قرآن
املأ قلبي قرآن
واسقي حياتي قرآن
رحمن يا رحمن


VIDEO


Bagaimana sahabat-sahabat semua, Naim harap lagu ini memberi inspirasi kita semua mencintai Al-Quran. Kerana kita masih berada di dalam bulan Ramadhan 1442 Hijrah. Terasa sekejap sahaja Ramadhan sudah berada frasa kedua. Pada hari ini sudah hendak masuk 14 Ramadhan. Seterusnya hari ini akan berlalu tanpa kita sedari.

Yang pasti jiwa dan perasaan kita masih tergantung dengan kes baharu Covid-19 masih mencecah kepada empat angka. Kita tidak mampu berlawan  wabak ini dengan senjata yang ampuh. Tetapi sebagai orang Islam , telah di beri panduan oleh Allah . Untuk sentiasa memohon doa , kerana doa sangat senjat paling dekat di sisi Allah, kerana ia satu pengharapan dari hamba kepada Sang Pencipta. Kepada Allah kita memohon perlindungan daripada terkena Wabak ini. 

Ingatlah sahabat-sahabat semua , turunnya wabak ini angkara dosa-dosa kita kepada Allah. Kekadang kita lalai daripada ALlah termasuk dengan Naim sendiri. Buang ego dan angkuh kita sebagai Manusia dan kembali kepada status hamba memohon munajat kepada Allah agar wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. Bersempena Ramadhan masih di sisi kita, lipat ganda doa kepada ALlah semoga memperkenankan doa dan hajat kita semua. Insha Allah!
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah naim, sihat sihat sahaja.
    Sekejap je kan mas berlalu, dah menghampiri separuh ramadhan.
    Betul, kes covid19 masih mencecah 4 angka, berdoa banyak banyak di bulan mulia ni, moga ada keajaiban yang berlaku :)

    BalasPadam
  2. Sedap didengar lagunya naim :)
    tq atas perkongsian..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS