Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blogger yang Naim hormati . Naim doakan semua baik-baik bersama famili tercinta.Pada waktu yang sama bersama-sama kita putuskan rantaian Covid-19 ini lebih sempurna tak berada kawasan sesak dan keluar rumah untuk urusan penting sahaja. Jangan di lupa untuk berselawat kepada Nabi Muhammad semoga mengalir keberkatan kehidupan seharian kita.
Pada entri ini kali ini Naim akan share lagu nasyid bertema Ramadhan. Tambahan pula Ramadhan dah makin dekat kan, pasti memgamit memori indah kan .Kali ini adalah 'special' kerana ia lagu baharu gabungan suara daripada lagenda nasyid tanah air iaitu dari kumpulan Hijjaz dan kumpulan Rabbani. Iaitu Ustaz Munif Hijjaz dan Ustaz Zul Rabbani. Pasti gabungan suara mereka berdua memberi impak sangat best. Bukan apa , sudah lama industri nasyid tak keluar lagu-lagu yang baharu ia bertema bulan Ramadhan ia makin best jika di dengar kan.
Sebelum entri ini di taip, Naim hayati baik-baik lirik tersebut. Sungguh puitis bahasa yang di lontarkan . Jika di dengar oleh dua suara emas dari Ustaz Munif dan Ustaz Zul pasti memberi satu aura yang sangat positif jika kita mendengarkan. Tanpa melengahkan masa anda semua, Naim akan share lirik berserta MV (Muzik Video)
LIRIK
Munif Hijjaz (intro)
Ramadhan....
Ramadhan telah muncul dan tersenyum
Ramadhan....
Ramadhan waktu amal kebaikan
Ramadhan.......
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Bulan yang sentiasa ku nantikan
Segarkan jiwa dari kelelahan
Dalam kesibukan dunia
Hadirmu ku sambut penuh rindu
Tasbih dan tahmid tak henti beralun
Kerana ku tahu bersamamu sarat Rahmat Tuhanku
Kau lontarkan keinsafan membuka mataku melihat kedhaifan
Insan yang kelaparan mengemis simpati dan ehsan
Nafsu yang sukar mengalah
Dan hati yang mudah terbakar dan meradang
Terdiam kesyukuran di peluk kesabaran
Kau lontarkan keinsafan membuka mataku melihat kedhaifan
Insan yang kelaparan mengemis simpati dan ehsan
Nafsu yang sukar mengalah
Dan hati yang mudah terbakar dan meradang
Terdiam kesyukuran di peluk kesabaran
VIDEO
Bagaimana sahabat-sahabat semua, Naim harap semua terhibur dengan lagu nasyid terbaharu dari Ustaz Munif Hijjaz dan Ustaz Zul Rabbani. Sokong mereka kerana sokongan anda semua ia memberi satu aura positif untuk mereka lebih berkarya lagi.
Tak sabar nak jumpa ramadhan 😘
BalasPadamTak sabarnya nk smbut bulan Ramadhan, bila dgr lagu ni :)
BalasPadamtak lama lagi dah ni
BalasPadam