Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim harap semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta pada hari minggu ini. Jangan di lupa berselawat kepada Nabi Muhammad , semoga Allah mempermudahkan segala urusan harian kita. Insha Allah.
Pada pagi ini, seperti biasa Naim kembali dengan entri berkisar lagu-lagu bertema Ramadhan. Ramadhan tanpa seri jika tiada lagu yang bertema Ramadhan. Pagi ini Naim akan share lagu nasyid bertema Ramadhan di nyanyi oleh dua orang iaitu Nasih dan Fitri. Jom kita hayati lirik berserta Muzik Video..
LIRIK
Kini kau datang bertandang lagi
Hadirmu membawa seribu erti
Ya ramadhan bulan kemuliaan serta kerahmatan
تَأتي إلينا دَوْمًا بالغُفْرَاْنْ
(Kau datang pada kami sentiasa dengan keampunan)
وَتَجْلِبُ السُّرُورَ والسَّعَادَةْ
(Membawa keseronokkan dan kebahagiaan)
يا رمضانْ فَرَحٌ الْمُؤمنيْنْ بِشْرٌ للْمُذْنِبيْنْ
(Wahai Ramadhon...kegembiraan bagi orang mukmin...berita gembira bagi hamba yang berdosa)
Ramadhan cahayamu terangi hidup insani
Sinarmu menjanjikan ampunan ilahi
Indahnya janjimu bagaikan bintang yang berkelipan ya ramadhan
رمضانْ وَخَيْرُكَ قد يَعُمُّ للْعالميْنْ
(Ramadhan....kebaikanmu sungguh telah tersebar keseluruh alam)
وَبَهْجَتُكَ تَدْخُلُ قُلُوبَ المسلميْنْ
(Dan kemeriahanmu menusuk ke dalam hati kaum muslimin)
بالعَفْوِ والْغُفْرَاْنْ والشَّوقِ والحَنَاْنْ
(Dengan menjanjikan kemaafan dan keampunan dan kerinduan dan kasih sayang)

Ramadhan bulan suci dilimpahi dengan keberkatan
Padanya jua telah diturunkan alquran
Malam yang utama seribu bulan ia malam lailatulqadar
Ramadhan cahayamu terangi hidup insani
Sinarmu menjanjikan ampunan ilahi
Indahnya janjimu bagaikan bintang yang berkelipan ya ramadhan
رمضانْ وَخَيْرُكَ قد يَعُمُّ للْعالميْنْ
(Ramadhan....kebaikanmu sungguh telah tersebar keseluruh alam)
وَبَهْجَتُكَ تَدْخُلُ قُلُوبَ المسلميْنْ
(Dan kemeriahanmu menusuk ke dalam hati kaum muslimin)
بالعَفْوِ والْغُفْرَاْنْ والشَّوقِ والحَنَاْنْ
(Dengan menjanjikan kemaafan dan keampunan dan kerinduan dan kasih sayang)
إلى الرحمن
(Menuju Allah yang Maha Pemurah)
VIDEO
Bagaimana sahabat-sahabat, Naim harap lagu ini memberi sedikit motivasi kita terus beribadah di dalam bulan yang mulia Ramadhan. Insha Allah, entri akan datang ada lagi lagu-lagu akan Naim kongsikan.
sedap lagu ni
BalasPadamIya Atie. dengan vokal mereka makin sedap lagu ini di dengar.. :)
Padambest lagu ni :)
BalasPadamTerima kasih dengar. hehe
Padam