Salam Ramadhan 1442 Hijrah Dari Naim

in , by Muhammad Naim Abdullah, April 14, 2021


 


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan-rakan blogger. Ramadhan tiba Ramadhan tiba Marhaban Ya Ramadhan (lagu Opick). Syukur kepada Allah kerana Allah mengizinkan kita semua ketemu bulan yang sangat mulia iaitu Ramadhan Kareem. Naim ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan-rakan blogger. Hari ini dah 2 Ramadhan ia masih tak terlambat lagi kan?

Bagaimana ramadhan pertama semua? Naim harap baik-baik belaka. Korang pergi solat sunat terawih tak dekat masjid atau surau berdekatan rumah anda? Naim harap semua dapat beribadah dengan tenang walhal Covid-19 masih aktif. Bulan yang mulia bulan sangat mustajab doa, pakat berdoa semoga Covid-19 ini segera lenyap di muka bumi ini.

Bazar Ramadhan ? Kelmarin Naim lalu sahaja melihat bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah Naim. Masya Allah , ramai sungguh orang yang hadir, Naim tak singgah pun jenuh bersesak jika hendak masuk ke bazar.Kalau tak silap la, kerajaan negeri Kedah akan menutup Bazar Ramadhan jika kes baharu meningkat, Kita kena bersama-sama membasmi penyebaran Covid-19 ini . Jika hendak pergi bazar Ramadhan cukup seorang sahaja, kelmarin Naim lihat ada sesetengah keluarga bawa ramai ahli keluarga termasuk yang masih kecil, Jangan marah kerajaan jika bazar akan di tutup sedangkan kita sendiri tidak mematuhi S.O.P.

Akhir kalam dari Naim , selamat beribadah di dalam bulan yang penuh Rahmat. Naim minta maaf jika ada perkataan yang menguris hati sahabat-sahabat blogger.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. selamat menyambut Ramadan Naim. Belum tergerak nak ke bazar Ramadan, tapi anak anak dah bertanya tanya..

    BalasPadam
  2. surau area umah akak, solat terawikh, muslimat dia bagi dlm 50 org je... yg lebih nya utk kaum lelaki...
    dia x syorkan sgt pompuan gi time2 covid ni...

    BalasPadam
  3. Selamat berpuasa. Moga dipermudahkan segala amal ibadah sepanjangan bulan mulia ini.

    BalasPadam
  4. Happy Ramadan, Naim! Semoga Ramadan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya..Aamin :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum
    Salam Ramadhan

    BalasPadam
  6. Salam ramadhan al mubarak.
    Selamat menjalani ibadah puasa naim :)

    BalasPadam
  7. Selamat menunaikan ibadah puasa😊.

    BalasPadam
  8. tak excited pun nak ke bazaar this year sbb surely kena beratur panjang huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. kena baris panjang kalau pergi bazaar.

      Padam
  9. Salam Ramadhan ya naim.. pergi ke bazaar atau ke mana pun, yang penting follow sop

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS