Assalamualaikum semua dan selamat pagi hari Jumaat yang barokah ini. Naim doakan semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Bebas Palestin adalah lagu gabungan empat kumpulan nasyid tanah air iaitu Rabbani, Inteam, Saujana dan Nowseeheart. Sudah lama tidak melihat gabungan kumpulan nasyid bersatu di dalam satu lagu iaitu Bebas Palestin.
Pada pagi ini seperti biasa, Naim akan share lirik berserta video klip . Palestin kena merdeka walhal genjatan senjata sedang berlangsung tetapi doa-doa orang Islam kena sentiasa kerana mereka adalah saudara-saudara kita.
LIRIK
La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Nazrey Johani & Frizdan Fizarahman
VIDEO
belum dengar..boleh la cari nnt
BalasPadamMudah mudahan palestine bebas selamanya! Amin!
BalasPadam