Jumaat Terakhir Bulan Ramadhan 1442 Hijrah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 07, 2021


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger semua. Naim harap semua baik-baik bersama keluarga tercinta dan menghitung hari beberapa detik Ramadhan 1442 Hijrah bakal berlalu tak lama lagi.Pada bulan yang mulia ini Allah menguji sedikit dengan selesema dan batuk. Dan hari ini beransur-ansur pulih. Di tambahan pula Ramadhan makin hendak pergi.

Perasaan kita semakin sedih dan pilu pabila Ramadhan adalah special tetamu akan pergi selama 11 bulan dan ia pasti kembali kepada insan-insan yang merinduinya. Adakah kita dapat ketemu pada tahun hadapan kembali ia masih di dalam rahsia Allah. Ramadhan 1442 Hijrah kita berada di dalam frasa kehidupan norma baharu yang mana hendak ke masjid kena bawa sejadah dan memakai pelitup muka (mask) sebagai syarat wajib untuk membendung penularan Wabak Covid-19. Sehingga kini kes baharu meningkat dengan mendadak. Semoga Allah memelihara kita semua daripada wabak ini. Amin!

Ramadhan kali ini kita rasa terbeban kan, pasti kita merasai rugi kerana tidak sempurna beribadah di dalam frasa norma baharu ini. Bukan mudah berada satu suasana yang baharu . Yang pasti kita kena tempuhi di dalam cabaran kehidupan yang pasti akan mencabar. Bulan Ramadhan frasa melatih diri daripada melakukan dosa-dosa kecil. Dan akhir manusia tidak menapis hati-hati mereka betapa senang bercakap celupar di dalam media sosial. 

Kan baru-baru ini heboh yang mana Mufti Wilayah Persekutuan telah mengatakan Haram merentas negeri. Haram bagaimana? adakah kita mendapat maklumat yang shahih?

- Mufti menerangkan secara ilmiah dengan ilmu yang beliau ada, tidak boleh merentas negeri ialah kita tidak boleh pergi ke tempat yang ada wabak. stay di negeri sendiri dan haram menipu di dalam menulis borang merentas negeri. Kita terus membaca tajuk besar sahaja terus menghentam mufti Wilayah Persekutuan dengan hawa nafsu. Kita faham suasana dekat raya semua hendak balik kampung. Jika balik kampung dengan membawa penyakit then ibu bapa kita mati asbab Covid-19 still hendak menyalahkan Mufti lagi? Culup menjadi manusia tidak beradab.

Ramadhan yang masih berbaki, kita kena kembali kepada Allah semoga Allah mengampunkan d0sa-dosa kita semua. Kita berharap Syawal yang bakal tiba kita sambut denan sederhana. Insha Allah.
 

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Saya memang kena mulut saya daripada cakap tanpa fikir mendalam. Kita kena hormat pendapat mufti.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Mudah-mudahan ada rezeki menyambut raya tanpa Covid-19 pada tahun-tahun akan datang.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS