Adakah Kau Lupa- Alarm Me

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 05, 2021


 

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat. Kita bertemu kembali ya, Naim doakan semua baik-baik sahaja. Semoga Allah memelihara kalian semua, Jagalah diri dengan cuaca tidak menentu dan waktu yang sama berhati-hati dengan penularan Covid-19 ini. Alhamduillah, pada malam ini Naim akan share lagu moden nasyid ia bertema semangat. 


Sebut sahaja kumpulan nasyid Alarm Me yang mengikuti irama nasyid akan mengetahui perjalanan kumpulan ini. Secara ringkasnya Naim berkongsi , kumpulan ini muncul di persada nasyid sekitar 1999. Boleh dikatakan se-zaman dengan kumpulan In-team  dan UNIC.Kumpulan Alarm me juga terkenal dengan lagu bulan-bulan Islam. Ingat tak? lirik ia seperti ini :-

" Israk Mikraj di bulan Rejab,  Syaaban tingkatkan amalan,
Berpuasa di bulan Ramadhan, berhari raya di bulan Syawal..""

Lagu ini bertajuk  Adakah Kau Lupa ia berkisar semangat perjuangan yang mana ia terselit sirah perjuangan Islam . Islam pernah menguasai dunia iaitu 2/3 dunia. Inilah kehebatan generasi terdahulu di dalam membina sahsiah diri dan rohani di dalam membentuk generasi yang berakhlak mulia.

 Jom kita hayati lirik dahulu , lepas itu kita dengar bersama-sama dengan video di bawah ini. 

LIRIK

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

(Kredit lirik : liriknasyid.com)

VIDEO


Nasyid ini juga menemani Naim di Polimas suatu ketika dahulu di dalam siapkan assignment, test di tengah malam. Ketika itu hanya lagu-lagu ini dapat hilangkan rasa mengantuk kerana tengah malam baru hendak siapkan assignment. hehe

Naim harap semua menyukai lagu nasyid ini.Semoga semangat yang ada di nasyid dapat membakar semangat kita untuk fight di dalam membasmi Covid-19. Semoga Allah mengabulkan hajat-hajat kita semua. Amin!.


SHARE 2 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS