Anak Pejuang- Nadamurni

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 01, 2021


 

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang sebegini lebih baik kita layan nasyid klasik daripada kumpulan Nadamurni. Untuk makluman semua, kumpulan nasyid Nadamurni pernah popular sekitar tahun 80an sehingga awal 90an. Selepas itu mereka berpecah dan tertubuh tiga kumpulan baharu iaitu kumpulan Rabbani diketuai oleh Allahyarham  Ustaz Asri Ibrahim, Kumpulan Hijjaz diketuai oleh Ustaz Munif dan terakhir kumpulan Raihan oleh Ustaz Nazrey Johani.


Itu serba sedikit tentang kumpulan Nadamurni, sejujurnya Naim minati kumpulan nasyid klasik sewaktu di bangku sekolah lagi. Sebabnya adalah lirik lagu mereka sangat menjentik hati-hati yang lalai kepada Allah. Lagu ini seterusnya Naim akan berkongsi kepada sahabat-sahabat semua yang bertajuk Anak Pejuang. Anak pejuang banyak maksudnya dan boleh dikatakan pada waktu sekarang barisan hadapan ( Frontliner) seperti anggota Polis dan Tentera.  Yang pasti anak-anak mereka merindui sama ada ayah atau ibu mereka yang sedang bertugas demi bangsa dan negara. Kita doakan mereka di pelihara oleh Allah daripada wabak dan segala penyakit berbahaya.

Tanpa melengahkan masa sahabat-sahabat semua, Naim akan share dahulu lirik dan kemudian video klip daripada kumpulan Nadamurni.

LIRIK

Anak pejuang di musim raya
Mukanya lesu hatinya pilu
riangnya kurang wajahnya sayu
hanya selalu dia membisu

sekali sekala bertanya pada ibunya
muram wajahnya penuh kesedihan
di manakah ayah tak kunjung tiba
bukankah hari ini hari raya
bukankah hari ini hari raya?

Diam ibunya menahan rasa
sambil merenung anaknya sayu
air matanya mula berlenang
menitis titis di atas pangku

hairan anaknya mengapa ibu begitu
apakah mungkin simpati padaku?
maafkanku ibu kucium tanganmu
pengampunanmu penawar sedihku
pengampunanmu penawar sedihku

padamu Allah aku berserah
memohon restu dan bantuanmu
bilakah masanya akan tiba
hari gemilang di bumi indah

biar kesepian menyelubungiku
dalam penantian kepulangan ayahku
anak perantau tetap setia
walaupun ayah nun jauh di mata
walaupun ayah nun jauh di mata

VIDEO



Bagaimana semua , Naim harap semua terhibur mendengar nasyid hari raya ini. Lirik lagu ini sangat sedih. Dimana seorang anak menunggu seorang ayah yang tidak dapat balik berhari raya kerana menjaga pembatasan atau waktu sekarang Sekatan Jalan Raya ( SJR). 


Kredit Lirik
https://sidik.org/blog/2005/10/21/anak-perantau-aka-anak-pejuang/comment-page-1/
SHARE 4 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS