Bersolidariti Untuk Palestin- Tanda Persaudaraan Yang Dekat

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 06, 2021


 

Langit malam Masjid Al-Aqsa  gegar gempita dengan riuh-rendah apabila tentera zionis mencerobohi di malam 27 Ramadhan 1442 Hijrah (jika tidak silap Naim). Mereka mencerobohi dengan tembakan peluru dan kepulan asap memenuhi ruang legar Masjid Al-Aqsa. Suara teriakan manusia mengamitkan suasana malam tersebut. Betapa biadab tentera Zionis kepada penduduk Palestin tercinta.


Ia membuat seluruh dunia marah tentang kebiadaban tentera Zionis terhadap rumah suci umat Islam, tambahan pula di fasa terakhir bulan Ramadhan. Berpusu-pusu rakyat Palestin keesokkan harinya menuju ke Masjid Al-Aqsa untuk mempertahankan Kiblat pertama umat Islam. Zionis tidak melepaskkan peluang melakukan kekejamaan lalu mereka sekali lagi mecerobohi masjid dan membaling bom asap.Membuat keadaan menjadi kelam kelibut dan bertembiaran lari rakyat palestin yang berada di dalam masjid.

Yang naik semangat, Briged Al Izzuddin Al Qassam iaitu mujahidin Palestin telah isytihar perang ke atas Zionis yang kejam. Kalau tidak silap Naim pada 29 atau 30 Ramadhan , puluhan roket mujahidin menghujani ruang udara Tel Aviv ibu negara negara haram Zionis. Ketika itu, Allah mencampakkan perasaan gerun dan takut kepada mereka. Siren bergema di Tel Aviv memberi amaran roket-roket mujahidin sedang menuju Tel Aviv.Maka berselerak zionis mencari tempat berlindung.

Sebelum roket masuk ruang udara Tel Aviv, juru cakap Briged Izzuddin Al Qassam menegaskan pada waktu sekian-sekian mereka akan melancarkan serangan. Kenapa pula memberitahu kepada musuh? Ia akan mencacatkan serangan kepada mereka kan. Beginilah cara sunnah berperang kerana, Islam mengajarkan berperang tidak boleh membunuh kanak-kanak, kaum wanita,warga emas , tempat ibadat, dan tanaman. Itulah indahnya Islam.

Selepas amaran diberi, berpusu-pusu rakyat Zionis keluar dari Tel Aviv,maka berpuluh roket menghujani bumi Tel Aviv. Sistem pertahanan Zionis tidak mampu menangkis puluhan roket yang masuk. Allahu akbar!. Hampir sebelas hari berperang , akhir Zionis secara tidak rasmi mereka mengangkat bendera putih. Pada malam tersebut  rakyat Palestin merayakkan kemenangan kecil mereka. Takbir di corong-corong masjid menjadi satu kebesaran  tiada tandingan. Inilah kemenangan .

Manakala di Malaysia pula, memasang bendera Palestin adalah tanda bersolidariti kepada saudara-saudara kita di sana. Kerana saudara-saudara dekat kita walhal kita dengan negara Palestin  jauh ratus kilometer. Ia tidak menjadi satu masalah kepada kita semua. Yang penting jangan berputus asa kepada Allah sentiasa berdoa semoga Palestin akan merdeka jua kelak, Insha Allah.


Palestin berdarah..
mempertahankan kerana agama dan negara
biar berputih tulang, jangan berputih mata
akhirnya syuhada syahid mempertahankan bumi tercinta
Palestin merdeka!


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. baru-baru ni nmpak sekumpulan rider food panda lbh kurg 20 ke 30 motorbike depa keliling taman tasik kibar bendera palestine..kita tgk rasa terharu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika kawasan Naim, kebanyakkan lori-lori memasang bendera Palestin, Rasa respek sangat. hehe

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS