Blog Review Dari Alien Oren (AO)- Kisah Nama Blog Ini?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 08, 2021

 

Kredit Alien Oren

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pada malam ini Naim ingin mengucapkan terima kasih kepada Alien Oren kerana sudi review blog kecil Naim ini. 'Baju baru blog' hasil kerja Alien Oren. Siapa yang hendak dapat servis beliau blog  hubungi beliau.

DI sebalik nama blog ini, pemudattbc adalah  cetusan idea Naim di Institusi Pengajian Tinggi iaitu  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra atau dikenali sebagai POLIMAS. Waktu blog adalah medium paling popular pada zaman itu. Zaman MySpace , Tagged.com dan Friendster. Pada tahun 2008- 2009 macam itu, Entri blog itu macam just drop artikel dari internet copy dan paste sahaja. Waktu tersebut di kenali Media Baharu di dalam medium blogger ini.

Medium baharu ia kerana pada waktu tersebut di dalam perihal Politik sangat drastik memuncak bagi pihak haluan kiri. Naim di IPT sememang terikut-ikut semangat haluan kiri pada awal politik tanah air ini. Ini serba sedikit sejarah blog ini.

Kenapa Blog Nama Pemudattbc?

Sebenarnya TTBC merujuk kepada kampung halaman Naim iaitu Kampung Titi Besi yang berada di utara tanah air iaitu negeri Kedah Darul Aman. Kampung Naim ada sawah padi yang menenangkan jiwa. Ia satu terapi kepada diri Naim juga jika ada masalah peribadi.  Nak tengok tak?



Damaikan?  Jika kelmarin (semalam) hujan kan, pada keesokkan kalbu akan memenuhi sawah padi seperti gambar di atas. Suasana menjadi damai sejuk sangat menenangkan jiwa kita. Duduk di kampung merupakkan satu kelebihan yang berada di kampung halaman sendiri. Suasana yang berbeda di di kota-kota besar. Jika di kampung seawal lima pagi sudah dengar ayam berkokok nenamakan  pagi sudah menjelma.

Asbab tersebut nama blog ini diambil, nak tulis nama blog titibesi panjang sangat. Jadi naim short form ia menjadi ttbc. Untuk menjadi kelainan kepada blog-blog di luar sana, Naim namakan blog Naim iaitu pemudattbc  , pemuda tersebut merujuk lelaki , Alien Oren merujuk kepada pejuang jua adalah sebahagian peribadi pemuda jua.

Seawal penubuhan blog Naim banyak menulis isu-isu semasa yang berlegar-legar sekitar dengan kita. Alien Oren juga  Naim minati watak terlalu tinggi sampai tazkirah dikaitkan dengan anime? hehe.

Yup, Naim sangat minati siri Anime Naruto Shipudden dan siri ini sangat dekat, apa salahnya kita mengambil kebaikkan dari sisi anime tersebut.Perjalanan blog ini ada naik dan turunnya. Sejujurnya pada awal blog ini, Naim hanya seperti diari harian sahaja. Selepas itu melihat ia menjadi satu platform yang bagus di dalam dunia media sosial. Apalah salah kita berkongsi pandangan peribadi kan. Bermula tahun 2014 hingga 2016 adalah zaman blog drop sedikit kemunculan Facebook dan sezaman itu aplikasi WhatsApp. Ia membuat Naim berasa malas menulis blog. Ia frasa malas ini berakhir pada masuk tahun  2018 sehingga kini Naim kembali aktif. Pada tahun 2019 adalah tahun Naim aktif dan mula apply Adsense.

Walhal sudah aktif dari zaman 2008, Jika dari dahulu lagi tahun ada kelebihan menulis kan lebih baik. Pada tahun 2019 Naim mula masuk segmen, giveaway , bloglist dan mula mengenali rakan-rakan blogger yang baharu. Pada waktu tersebut Naim join salah satu grup facebook  iaitu Malaysia Lifestyle Blogger. Di dalam group tersebut ada satu segmen yang mana, kita tinggal link blog yang latest post dan segmen itu bernama Tukar2 Lomen Blog (20 Link)


Ke Arah Mencari RedhaNYA?

Sememang Naim letak Ke Arah Mencari RedhaNYA. Agar perjalanan blog ini tidak terbabas daripada landasan yang betul. Sebagai blogger Muslim kita kena bertanggungjawab setiap apa yang tertulis di dalam blog kita sendiri. Andai kita mati, blog masih ada dan jika penulisan kita bermanfaat ia memberi ganjaran pahala dan jika penulis kita tidak baik kita dosa. Semoga Allah melindungkan kita semua. Insha Allah.

Alhamduillah , Inilah serba sedikit perihal blog Naim. Naim harap sahabat-sahabat terus berblogging dan terus memberi keceriaan di dalam dunia blogging. Ya dunia blogging ada pasang surutnya. Kitalah blogger yang akan mewarnai dunia blogging ke arah lebih baik. Semoga Allah  memelihara kita semua daripada wabak dan semoga ALlah memberi kesihatan yang baik untuk kita semua terus beribadat kepada Allah.

Wallahualam.
SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Ooooo...baru akak tahu TTBC tu apa.
    BTW tempat belajar Naim samalah dengan tempat belajar husband akak.Hi3.

    BalasPadam
  2. Dah lama ye naim buat blog? Tu la mybe zaman 2008 2009, x perasan nama blog naim masa tu

    BalasPadam
  3. Sy tak perasan sebenarnya blog naim nie pemudattbc.. Yg sy ingat Ke Arah Mencari RedhaNYA saja..
    Betul tu.. Blog ni lah tempat kita kumpul pahala, berkongsi sesuatu yg bermanfaat.. Semoga tulisan kita menjadi asbab kebaikan kpd semua.. Sy pun peminat anime juga hehe~ Apapun tahniah walaupun dah lalui jatuh naik dlm blog, naim masih menulis sehingga sekarang.. Keep it up!

    BalasPadam
  4. Kreatif jugak tu... Titi besi jadi ttbc. Tahniah Naim menang GA AO

    BalasPadam
  5. wow wow baju baru gitu..tak pernah jumpa blog warna hijau..cntik..sama la..ada blog dah lama..setahun kebelakangan baru aktif

    BalasPadam
  6. titi besi >_<
    klasiknya! betul tu, dengan blog macam-macam kita boleh dapata income pasig diakhirat kelak. insyaALLAH amin...

    kupasan yang bagus naim. suka sangat dengan setiap detail.

    zaman main tagged jugak rupanay ahahahah saya sempat main kejap, last 2013 pastu delete. klasik!

    BalasPadam
  7. dulu2 meriah social networking sampai byk sgt kenalan online. dr friendster, myspace, tagged bawak ke MSN YM....pernah melalui zaman tu.hahaha

    keep up good sharing in ur blog Naim.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS