Damba Cintamu- Raihan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 03, 2021


 
Assalamualaikum semua, pada malam ini Naim kembali dalam entri ini berkongsi nasyid klasik. Pada malam ini Naim akan share salah satu lagu kegemaran Naim iaitu Damba CintaMu dari kumpulan Raihan. Siapa tidak kenal dengan kumpulan Raihan. Dengar kelunakkan suara Nazrey Johani sewaktu beliau di dalam kumpulan nasyid Raihan bisa mengalir air mata, tambahan pula dengan lagu ini.


Lagu ini berkisar seorang Hamba Allah di dalam mencari cinta Sang Rabbi.Di saat beliau mencari kebenaran akan tembok pelbagai onak dan duri. Hanya Allah yang dapat membantu kita tatkala waktu senang dan waktu susah. Semoga Allah memelihara kita semua. Tambahan pula kita berada dengan wabak yang tidak nampak iaitu Covid-19 ini. Pada hari ini sahaja kes baharu kembali meningkat kepada 8 ribu dan kematian pula ratus. Semoga Allah memelihara kita semua. Amin!

Pada tahun lepas , Alir Satar berkolaberasi dengan kumpulan Raihan membawa kembali nostalgia lagu ini Gadingan dua genre kepada genre nasyid semesti membawa aura sangat unik. Pada malam ini Naim tidak share gadingan tersebut. Naim akan membawa suara Nazrey Johani. Asbab suara Nazrey adalah kunci kepada roh lagu tersebut. Baiklah kita hayati lirik ini bersama-sama mendengar lagu tersebut. Insha Allah.

LIRIK

Ya Rab 2x
Ya Rabbi Ya Rabbi..

#
Tuhanku ampunkanlah
Segala dosa ku..
Tuhanku maafkanlah..
Kejahilan hamba Mu..

Ku sering melanggar larangan Mu..
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhan Mu..
Walau sedar aku milik Mu..
yusufultraman.com
ulang #

##
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar..
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti...

###
Oh Tuhanku..
Kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu..
Aku lemah aku jahil



Tanpa pimpinan dari Mu..

Ku sering berjanji depan Mu
Sering jua ku memungkiri..
Ku pernah menangis kerana Mu..
Kemudian ketawa semula...

ulang ## & ###

Kau Pengasih
Kau penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hamba Mu...

Selangkah ku kepada Mu..
Seribu Langkah kau pada ku...

Tuhan diri ini..
Tidak layak ke syurga Mu..
Tapi tidak pula..
Aku sagggup ke neraka Mu..

Ku takut kepada Mu..
Ku harap jua pada Mu..
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat...

Seperti rasul dan sahabat.... 6x

VIDEO


Tersentuh kan sahabat-sahabat ini memberi satu perbezaan antara nasyid dahulu dengan kini.Penulisan lirik juga mempengaruhi pendengar jua. Setinggi mana pangkat dan kuasa kena tunduk dan sujud kepada Yang Maha Esa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. Amin!


SHARE 3 comments

Add your comment

  1. waktu sekolah dulu minat sgt dengan kumpulan raihan siap suruh ayah beli kaset lagi..hehe

    BalasPadam
  2. lama dah x dengar lagu2 terbaharu dari kumpulan Raihan. Teringat thn 1996 dulu bila kumpulan ini jadi fenomena di Msia...

    BalasPadam
  3. halllooo.. psssttt ada sesuatu untuk awak laaa disini..
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    tahniah tahniah =)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS