Pergorbanan Seorang Pemimpin

in , by Muhammad Naim Abdullah, Jun 10, 2021


 

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat. Naim doakan semua baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Di samping kita berada di rumah-rumah masing-masing sentiasa menjaga kesihatan ya sahabat-sahabat. Malam ini kita kembali mengambil ibrah daripada anime.


Di dalam siri Naruto Shipudden, ada satu episod yang sangat menarik kita mengambil pengajaran dan sama-sama fikirkan sesuatu yag baik dari sisi kebaikan. Sebelum Naim lanjutkan cerita tersebut, Naim terangkan serba ringkas tentang siri anime ini. Takut yang pertama kali membaca  akan menjadi 'blur' sekejap. Anime Naruto mula popular di Malaysia sekitara 2007/2008 , pada waktu tersebut Naim masih di bangku sekolah (smk). Anime ini berakhir pada tahun 2016. Hampir 5 tahun sudah siri anime ini tamat, dan kisah yang ada di dalam anime terus tersemat di sanubari Naim sendiri.

Sisi baik anime wajar di kupas di beri pengajaran kepada masyarakat di luar sana agar mereka tidak memandang serong , kerana di luar sana masih menganggap anime sekadar kartun semata-mata. Walhal siri ini  di kaji balik bukan tontonan umum seperti Didi And Friend . Akan tetapi , siri Anime di syorkan kepada peringkat remaja dewasa. Jika siapa-siapa belum menonton siri anime Naruto Shippuden, Naim galakkan tontonlah di waktu PKP 3.0 ini agar akan memahami setiap watak dan peranan yang ada siri anime Naruto Shippuden.

Untuk entri kali ini, Naim akan sentuh di dalam episod 359 yang mana, Itachi mempunyai satu misi khas dari ANBU manakala pada malam tersebut ada mesyuarat tergempar dari puak beliau iaitu Uchiha. Kerana mesyuarat puak Uchiha mahu lakukan sesuatu iaitu Kudeta. Kudeta iaitu melakukan rampasan kuasa , di dalam anime Fugaku mahu puak Uchiha memegang kuasa pentadbiran negara Kohoha. Namun , sayang seribu sayang, beliau gagal di tangan anak beliau sendiri iaitu Uchiha Itachi.

Back the storyline, Selepas melakukan misi melenyapkan puak Uchiha,  Itachi mula berjumpa dengan Hiruzen iaitu Hokage Ke-3. Di tempat rahsia , Hiruzen memberi tahu Itachi beliau sudah di anggap sebagai penjenayah kelas A di dalam buku bingo. Sangat di kehendaki sama ada hidup dan mati. Lalu Hiruzen memberi kata-kata yang sangat menyentuh hati Itachi..



Bagi Naim, iaitu satu  'kebenaran' yang berani mati di ucapkan seseorang pemimpin di dalam membuat sesuatu keputusan. "blur". Apa kata sahabat-sahabat tonton klip anime ini, semoga anda semua akan faham yang Naim bagi tahu semua.

SHARE 13 comments

Add your comment

  1. kadang tengok juga naruto..bab kepimpinan memang tak dinafikan. plot citer die memang bagus..tp yelah tak rajin sangat tengok..hahah..

    BalasPadam
  2. Good post and every enjoyable to read. It is good that you learned something from watching a story. You analyze everything well about the story and the moral values of the story. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  3. suka jugak tengok anime ni, tapi lani dah kurang tengok. anime ni macam movie/drama gak, ada je moral story untuk kita

    BalasPadam
  4. Awal dulu layan Bleach, pastu layan Naruto plak. Now Boruto. Aduhai. Tapi sejak WFH nie, ingatkan sempat nak layan anime - makin banyak kerja pula jadinya. Haha

    BalasPadam
  5. Thanks for sharing one of Naruto Shipudden snippet and your thought about it.

    BalasPadam
  6. Walaupun saya tak layan Anime tapi kalau Anime tu ada unsur2 pengajaran memang berbalaoi tonton dan jadi pengikut setia. Pilihan yang bagus kalau dapat belajar sesuatu darinya.

    BalasPadam
  7. Masa disiarkan dekat tv memamg tak pernh miss tengok.. Lepas tu dh takde, tak tau apa jafi seterusnyaa.. Haritu ade org share tapi tak tgk.. Tak tau episod mana.. Best cerita naruto ni

    BalasPadam
  8. Tak pernah terfikir plk anime rupanya ada unsur pengajaran. This is new to me, so kalau ada kat tv next time bole la layan buat otak ni berfikir :)

    BalasPadam
  9. Akak suka Naruto ni. Cerita dia direct. Banyak pengajaran dalam cerita Naruto. Persahabatan, pengorbanan dan sikap jujur. Hehehe. Dah lama tak tengok, kadang husband pasang, akak intai je tengok. Entah dah kemana-mana lompat series. Hehe

    BalasPadam
  10. Lorr sama dengan anak Sis layan Nuruto, dah tua bangka tu sampai skrg mmeg suka katun anime.. amik Netflix tu pun sebab dia lerr... Omaknya layan gitu-gitu bolehlah.. tapi baguslah kalau ada pengajaran dalam penceritaan kann..

    BalasPadam
  11. Kita tak tengok anime ni sangat lah hehehehe tapi bila baca sini kisah mereka boleh lah ikut dan faham sikit-sikit menarik juga kan dulu lah sekarang kita layan movie 18 jer waakakkaka..

    BalasPadam
  12. Hehehehe kisah anime ni memang kegemaran budak-budak dan orang yang sezaman denganya tapi kita ni kurang sikit tengok dulu ada juga follow hehehehe..

    BalasPadam
  13. Hehehe kita tak tonton sangat anime ni tapi kalau ada yg syok best juga tambah bila kawan2 cerita setiap episod suka dengar lah hehehe

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS