kredit Majlis Keselamatan Malaysia |
Assalamualaikum semua, Petang sebegini tiada apa hendak di perah otak jadi isu semasa menjadi pilihan utama Naim. Kelmarin di beritahu Menteri Pertahanan (Keselamatan) PKP 3.0 ( Perintah Kawalan Pergerakan) di lanjutkan kepada dua minggu lagi . Bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021.
Kita harap PKP untuk minggu lagi memberi kebaikkan kepada masyarakat awam amnya. Jika baik untuk rakyat , semua akan menerima dengan baiknya tetapi kelmarin banyak kluster baharu yang timbul ia berkaitan dengan tempat kerja. Ia akan membimbangkan kepada masyarakat yang berada komuniti yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak yang mudah berjangkit.
Sebenarnya banyak cabaran yang akan di hadapi kepada semua jika PKP ini berterusan di laksanakan akan tetapi kes masih meninggi. Kita berharap pihak kerajaan ada alternatif yang dapat membendung penularan Covid-19 ini menyerang sama ada di tempat kerja atau komuniti.
Sebelum lockdown di laksanakan banyak kluster baharu di cetuskan kluster hari raya yang mana ramai masyarakat tidak bertanggungjawab lari balik kampung untuk merayakkan hari raya. Tanda kita sedari, kita membawa bala kepada keluarga kita. Ada satu kluster hari raya, seorang yang balik kampung dan ia menyebabkan satu kampung di jangkiti Covid-19. Ini sangat merisaukan kita semua apa jika sikap tanggungjawab di abaikan.
Kita berharap Allah memelihara kita semua daripada penyakit atau wabak ini. Semoga Allah mengangkat wabak ini dan kita kembali normal kehidupan masing-masing, stay safe sahabat-sahabatku~
Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga Allah cepat cepat hapuskan wabak ini.
BalasPadamAmin..
PadamSalam PKP Bersambung naim huhuhuhu^^
BalasPadamSamalah kita kak, stay safe ya kak
PadamItulah sambung lagi 2 minggu . Bosannya . Mungkin hikmah ni kita sama-sma bolsh atasi pandemik covid
BalasPadamInsha Allah , kita berharap ada kebaikan . Stay safe
PadamNext week kids dh start pdpr...😅
BalasPadamYa.. Semoga mereka belajar bersunguh-sungguh
PadamHarap apa yang diusahakan ni membuahkan hasil yang terbaik.
BalasPadamInsha Allah.. :)
Padam