kredit : http://ova-permata-nadi.blogspot.com/ |
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat semua. Naim doakan semua di dalam rahmat Ilahi dan sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad , semoga Allah mempermudahkan segala urusan harian kita. Insha Allah. Pada pagi ini, Naim akan share lagu nasyid klasik.
Bulan Zulhijjah bakal menjelang tak beberapa hari lagi, Naim akan share lagu nasyid klasik yang sentiasa segar walaupun peredaran masa sudah mencapai zaman baharu. Tahun 2021 menjadi tahun kedua jemaah Haji tak dapat menunaikan Haji kerana Covid-19 kan. Ramai bakal haji bersedih kerana wabak ini tidak hilang lagi. Oleh itu jangan bersedih , bersama-sama kita berdoa semoga Allah mengangkat wabak ini dengan segera.
Baiklah, Kumpulan Nadamurni adalah pilihan Naim dari bangku sekolah kerana lirik mereka sangat baik dan mendidik jiwa-jiwa. Kali ini Naim akan share lagu bertema bulan Zulhijjah. Lagu tersebut adalah Adam dan Hawa dari kumpulan Nadamurni. Vokalis untuk lagu ini adalah Ustaz Munif dan kini beliau salah seorang anggota kumpulan nasyid Hijjaz.
Lagu ini membawa sirah Nabi Adam dan Hawa bertemu di Padang Arafah. Sebenarnya sirah ini memberi pengajaran kepada kita semua berhati-hati dengan godaan dari syaitan dan iblis. Kekadang godaan mereka membawa kita kepada lembah kehancuran dan menjauhi daripada Allah.
Naim sertakan lirik dan video...
LIRIK
Padang arafah mencatat peristiwa
Pertemuan pertama Adam dan Hawa
Setelah berpisah 40 tahun
Angkara iblis dan syaitan durjana
Adam dicipta sedari tanah
Hawa pula dari tulang rusuknya
Ditiupkan roh supaya sempurna
Itulah asal kejadian manusia
Adam dan Hawa insan bertaqwa
Hidup bersama di dalam syurga
Segala rahmat Allah memberi
Setiap nikmat Allah di syukuri
Iblis dan syaitan merasa iri
Menggoda Hawa setiap hari
Termakan hawa khuldi larangan
Allah melihat dengan kemurkaan
Adam dan hawa terpisah akhirnya
Hukuman Allah yang tak dapat disangka
Tercampak mereka ke dunia nyata
Menangis keduanya menyesali diri
Padang arafah
Pertemuan adam dan hawa
Beratahun lamanya mereka mencari
Mengharap dan menanti agar berjumpa
Keseorangan Hawa tiada pembela
Adam merintih hatinya sedih
Pintu taubat masih terbuka
Doa mereka dikabulkannya
Bertemu akhirnya adam dan hawa
Di Padang Arafah detik bermula
VIDEO
terima kasih untuk senikata lagu
BalasPadamgood sharing
BalasPadamNada murni ni ada ramai sangat ahli, di zaman kegemilangannya, dalam satu satu masa mereka boleh buat persembahan di beberapa tempat.
BalasPadamDulu meriah industri dengan nasyid. Sekarang dah hampir tiada. Ramai juga dah keluar kumpulan dan buat single. Suka dengar alunan selawat. Boleh kita ikut sekali.
BalasPadamwaaa.... sedapppp
BalasPadamAssalamualaikum, Naim. Boleh tak kamu hantarkan album penuh untuk Balada Makkatul Mukarramah Remix? Saya nak dengar.
BalasPadamWasalam, Tuan/Puan boleh cari dekat youtube ada full album . semua tone dan audio original.
Padam