Setiap Ujian Kita Berbeda

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 31, 2021

 

kredit https://wujudaksinyata.org

Assalamualaikum semua. Melihat kes baharu covid-19 sangat membimbangkan kita semua. Termasuk dengan diri Naim sendiri, kerana jika wabak ini berada di dalam komuniti yang pasti membuat kita semua perasaan resah. 

Sahabat-sahabat semua, setiap ujian yang datang kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad kena sentiasa bermuasahabah balik. Adakah di sebalik ujian ini adalah menghapuskan segala dosa-dosa kita yang terdahulu atau pun ia dari murka daripada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Di saat entri ini taip untuk menutup bulan Julai 2021 , kadar kes baharu sudah masuk kepada 10k ke atas. Allahu akbar sangat berat ujian ini ke atas hamba-hambaMu, Ya Allah bantulah kami, campaklah keimanan ke dalam dada-dada kami sentiasa bersyukur kepada Mu Allah.

Sahabat-sahabat semua, semoga Allah memelihara kalian semua di mana kalian berada sekarang. Banyakkan berdoa kepada Allah semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan Allah mengangkat balik Covid-19 ini.Kita tidak mampu berlawan mahkluk Allah yang tidak nampak ini dan kita bertawakal kepada Allah semoga Allah melindungi kita semua  daripada wabak ini.

Jom amalkan Bismillah 5

Fadhilat Bismillah 5
.

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan

2. Terpelihara dari bahaya dan musuh

3. Penawar pelbagai racun dan bisa.

4. Penawar penyakit gila meroyan.

5. Melegakan bengkak dan benjol.

6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.

8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang

9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.




sumber rujukan : Bazli UNIC
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Betul tu Naim. Makin risau tengok kes covid sekarang ni.Harap cepatlah berlalu & semoga kita semua mampu tempuhi segala ujian yang Allah bagi ni😢

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian ni. Bismillah 5 memang selalu baca setiap kali sebelum baca doa makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamduillah, semoga bermanfaat, Kita hanya beriktiar yang kabulkan hanya Allah. Sama-sama. :)

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS