Dia Kekasih Allah 2021- Munif Hijjaz Feat Ustaz Faizan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 25, 2021


Assalamualaikum dan selamat tengah hari ya. Sebenarnya otak tepu beberapa hari ini .Semoga lepas ini ada idea mencurah-curah bak hujan membasahi bumi. Semoga Allah memelihara kita semua daripada wabak Covid-19. Pada hari ini  Naim hendak berkongsi lagu nasyid yang bertajuk Dia Kekasih Allah.


Judul lagu nasyid iaitu  Dia Kekasih Allah merupakan lagu dari Kumpulan Hijjaz dari album Jalan Bahagia 2002.Dan 2021 menjadi single baharu atau kata nama lain di beri nafas baharu oleh Munif Hijjaz bersama Ustaz Faizan. Rupanya lagu Dia Kekasih Allah sudah 19 tahun . Hebat penulis lirik lagu ini adalah sentuhan penulis lirik iaitu Ito Lara.

Lagu nasyid Dia Kekasih Allah merupakan lagu menceritakan  bagaimana seorang ummat Nabi Muhammad yang merindui kepada Kekasih Allah iaitu Baginda Nabi Muhammad. Dengan kerinduian itu dapat di beri dengan berselawat hatta mengamalkan sunnah dari Baginda Nabi Muhammad. Semoga berkat di dunia mengamalkan sunnah-sunnah di akhirat kelak mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad. Insha Allah.



Sahabat-sahabat semua pabila ken menghayati lirik-lirik lagu Dia Kekasih Allah akan menberi kerinduan mutlak kepada Nabi Muhammad. Syahdu lagi pabila kita mendengar lagu ini sambil pejam mata dan menghayati setiap bait-bait lirik. Tak disedari air mata mula mengalir dan membasahi pipi kita. Di akhir zaman mencapai kecintaan kepada Nabi adalah berselawat dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad.

LIRIK

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

VIDEO


sumber rujukan :-

1) http://ulasanalbumlagunasyiddunia.blogspot.com/2015/10/hijjaz-jalan-bahagia.html

2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Hijjaz
SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS