Renew Debit Card ATM Bank Islam

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 20, 2021

kredit www.bankislam.com

 
Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik belaka.Sebenarnya otak tepu memikir idea untuk menulis di dalam blog ini. Terlintas  seperkara ini.Pada hari rabu baru-baru terima mesej dari Bank Islam.


Mesej dari Bank Islam berbunyi :-

" BIMB: Kad Debit-i anda akan tamat tempoh dalam masa 1 bulan, kunjungi cawangan Bank Islam untuk pembaharuan kad.Abaikan mesej ini jika kad telah diperbaharui."

Selama ini tak perasaan kad atm ada tarikh tempohnya. Naim ingat tiada tarikh luput. Menjadi satu kerja kena pergi Bank Islam yang berdekatan dengan rumah Naim. Ia terletak di bandar Jitra. Lebih kurang 3 kilometer dari rumah Naim.Naim fikir pada hari Khamis keesokan ( Khamis 19 Ogos 2021 ) kena juga pergi Bank Islam di Jitra jika tidak renew awal takut tidak boleh guna kad debit di mesin ATM.

Sebelum jejak kaki ke Bank Islam, Naim cuba google dahulu apa yang patut lakukan untuk renew kad debit ATM ini. Takut ada banyak perkara di lakukan kan tambahan pula sekarang PKP atau bahasa baharu iaitu FASA. Makluman semua negeri Kedah masih di Fasa 1. Sebab memiiih hari Khamis keesokan kerana Khamis di kedah, adalah half day kerja.Yang pasti orang tidak lama ramai sangat akan tetapi ia meleset juga andaian Naim.

Pada pagi Khamis, sekitar jam 9.40 pagi Naim sudah sampai di Bank Islam Jitra, seperti biasa kena beratur di musim Pendemik Covid-19.Biasa beratur di luar bank mengambil masa dalam 20 minit kerana di dalam terhad 8 orang sahaja untuk pelenggan. Naim tidak tahu pula di tempat lain. Bila di benar masuk , petugas Bank Islam menanya Naim urusan apa, Naim memberitahu renew kad bank atm, beliau meminta kad pengenalan dan kad atm lama. Kemudian beliau memberi nombor giliran untuk urusan seterusnya.

Pabila giliran Naim , Naim pergi ke kaunter dan serah kad pengenalan dan kad atm lama, yang menjaga kaunter tersebut  , menyuruh ibu tangan untuk mengimbas cap jari di mesin . Proses itu berjalan selama 5  minit juga dan beliau memberi dua helaian kertas untuk Naim turunkan tanda tangan untuk kad debit baharu. Sebelum ini kita kena isi borong kan,  ia tidak perlu lagi kemungkinan besar had  masa pelanggan di dalam permis Bank Islam .

Setelah selesai tanda tangan, beliau berkata duduk dahulu untuk proses kad debit baharu. Naim ingat  Naim seorang yang datang hari tersebut untuk renew kad debit  akan tetapi ada dua tiga orang yang memperbaharui kad debit atm. Menunggu kad debit lama juga hampir 15 minit. Akhirnya nama Naim di panggil untuk mengambil kad debit tersebut. Proses ia berjalan , iaitu masukkan password card debit tersebut sebanyak dua kali. Setelah selesai, yang jaga kaunter tersebut, perlu cuba di mesin atm .ALhamduillah kad debit ATM aktif dan bakal expired 2026 kalau tidak silap. Settle satu perkara  pada  minggu ini dan tidak perlu fikir lagi.

Kepada sahabat-sahabat cepat check kad atm anda, jika tarikh hampir tamat tempoh segera ke bank untuk memperbaharui kad debit anda. Gambar di bawah adalah waktu operasi seluruh Malaysia Bank Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara berkuasa 20 0gos 2021. Klik pada gambar tersebut senarai seluruh Malaysia Bank Islam yang beroperasi dan tutup.



Musim Pandemik ini Kad ATM sangat perlu jika memerlukan wang . Semoga ALlah memelihara kita daripada wabak Covid-19. Semoga semua sahabat-sahabat blogger di dalam lindungan Allah. Amin!.

SHARE 105 comments

Add your comment

  1. Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian... Sangat berguna :)

      Padam
  2. Saya pun bulan 11 ni expired, malas nya nak pergi tukar hahaha >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEHE. Memang malas, dok fikir kena guna gagah juga renew haha

      Padam
  3. Saya punya tahun depan. Nak kena check kad bank lain juga. Takut terlepas pandang dan tak de reminder daripada pihak bank. Naya nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. tambahan pula zaman fasa atau pkp kad bank sangat diperlukan hehe

      Padam
  4. If tak renew transaksi tak boleh buat ke? Adakah online banking pun sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk kad x bole traksaksi. rasanya untuk online bole lg. Apapun rujuk dkt bank.. 😊

      Padam
  5. utk kad x bole traksaksi. rasanya untuk online bole lg. Apapun rujuk dkt bank.. 😊

    BalasPadam
  6. Ada kena bayaran apa2bx

    BalasPadam
  7. Bank bukak ye? kad saya dah expired dah ni.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Boleh walk in terus. Jika kawasan pkpd memang tak leh pergi.

      Padam
  9. hi nak tanyaaa..number account bank masih sama kan after renew kad?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum nk tnye, Ade tempoh ke utk renew tu? Maksud sy cth kad expired bulan 5 thn ni.. jd smpai bila ye blh renew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Rasanya tuan/puan kena rujuk balik dengan Bank yang kad kena renew ya. sebab dah 5 tahun kan takut kena buka acc baharu ka? :D

      Padam
    2. Bulan 5 thn 2021, jadi masih boleh renew kad la kan.. x perlu buat acc baru

      Padam
    3. Maaf , salah faham hehe. Boleh . Harap rujuk dengan bank dahulu. :)

      Padam
    4. Blh ke renew kad dlm talian?skrg bln 12 blm smpat lg nk l renew kad expired bln 11 ritu ..

      Padam
    5. Bank Islam tidak meyediakan perkhidmatan online. Tuan/puan duduk kawasan mana,? kerana Bank islam buka pada hari sabtu khusus untuk renew kad.

      Padam
  11. Assalamualaikum nk tnye, Ade tempoh ke utk renew kad tu?

    BalasPadam
  12. Untuk proses renew ni ada kena buat pembayaran ke?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. Sy nk tanya, untuk renew kad ada dikenakan apa² bayaran atau free?

    BalasPadam
  14. Best cerita awak.. Naim tu adik beradik ke kawan?

    BalasPadam
  15. terima kasih banyak saudara...semoga dilindungi Allah sentiasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah memelihara tuan/puan juga . :D Sama-sama

      Padam
  16. tq buat blog, kad sy nak hbs bulan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Semoga urusan tuan/puan dipermudahkan oleh Allah.

      Padam
  17. renew kad secara online boleh tak? nak renew tapi berbaris punya panjang, balik terus hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya tak tahu, cuba anda komen dekat facebook Bank Islam atau kunjung bank Islam terdekat. :)

      Padam
  18. terima kasih atas explaination yang sangat jelas.

    BalasPadam
  19. Boleh ke renew kad expired 2 bulan lebih awal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Itu yang sebaiknya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda. :)

      Padam
  20. Nak tanya, kalau renew kad, dia akan bagi kad baru atau masih kad yang sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pihak Bank akan memberi kad yang baharu. Kad lama mereka akan amik. :)

      Padam
  21. saya pun baru perasan kad tamat tempoh bulan 10 ni. tak boleh apply pembaharuan melalui online eh, naim? maleh la nak pergi bank hahaha. terima kasih atas perkongsian :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau online Naim tak pasti pula. hehe. Maaf ya, cuba dm fb bank islam. :)

      sama-sama :)

      Padam
  22. Tq share info. Baru nak pergi renew

    BalasPadam
  23. Kenapa pembayaran kata semasa nak renew kad bank Islam ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada , prosedur baharu kot, baru-baru ini tak dikenakan sebarang bayaran.

      Padam
  24. nak tnya , kalau nak renew kad expired ni kan , kena pergi cawangan yg waktu kita buat kad ni ke , atau boleh je pegi cawangan mana mana ?

    BalasPadam
  25. nak tnya , kalau nak renew kad expired ni kan , kena pergi cawangan yg waktu kita buat kad ni ke , atau boleh je pegi cawangan mana mana ?

    BalasPadam
  26. Terima kasih.. Bnyk membantu.. Semoga Allah mudahkan urusan anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Amin. Semoga bermanfaat kepada tuan/puan. 😊😊😊

      Padam
  27. Terima kasih sebab share posting ni, sangat membantu!

    BalasPadam
  28. nak tanya, kena buat appointment x musim covid ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tidak perlu. Walk-in, semoga Allah mempermudahkan urusan tuan/puan. :)

      Padam
  29. tak perlu buat appointment ke nak renew debit card

    BalasPadam
  30. Thankyou naim, berguna betul untuk buat rujukan sebelum pergi renew atleast dah tahu nak kena buat apa next step 👍🏻 bulan ni tamat kad so nak kena renew lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Semoga dipermudahkan segala urusan tuan/puan. :)

      Padam
  31. Kena buat pembayaran apa2 tak? Thank info

    BalasPadam
  32. Terima kasih Naim.Saya punya kad nak tamat dah, nasib baik jumpa blog naim, ilmu yg bermanfaat, terima kasih

    BalasPadam
  33. Sharing yg bagus
    Xde masalah kan kalau misalny kita stay d kedah nk renew kad di johor cthnya,boleh je kan...

    BalasPadam
  34. Saya punya bulan ni, tapi tkde masa nak pergi. Boleh buat secara online ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Bank Islam tidak memberi penkhidmatan secara atas talian. Maaf ya, hari sabtu pun Bank Islam dah buka untuk renew kad bank.

      Padam
    2. Tukar kad pda hari sabtu buka smua cawangan ataupun yg terpilih sahaja???

      Padam
    3. puan /tuan ya terpilih. duduk negeri mana

      Padam
  35. terima kasih atas perkongsian ini.. semoga dirahmati Allah s.w.t Amiin

    BalasPadam
  36. Salam, saya nak tanya. Kalau kad bank dah expired tapi ada org buat transfer dlm acc tu, duit tu masih masuk dlm acc tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya masuk. Cuma kita sahaja tak boleh gunakan kad debit tersebut. :)

      Padam
  37. Kalau terlambat renew, ada bayaran denda tak? Nak withdraw tadi, tau2 dah expired... uhuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dikenakan bayaran. Pastikan IC dan Kad di bawa ya hebhe

      Padam
  38. Maaf nak tanya. Bank islam tak boleh renew card online ye? Saya punya pun baru je expired

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya, Bank Islam tak boleh cara online. Bank ISLAM buka setiap hari sabtu untuk renew kad. :)

      Padam
  39. Hai. Macam mana ya cara nak hentikan penghantaran penyata bank islam ke rumah ?

    BalasPadam
  40. Hello, sekiranya kad debit sdh expire, online banking masih boleh guna mcm biasa kan??? sbb kad debit saya akan tamah tempoh dlm minggu ni, tapi belum ada masa utk ke Cawangan BIMB utk urus smua tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. online banking tak pa. Cuba penggunaan kad tak boleh guna 😊😊

      Padam
  41. terima kasih bang naim saya pon harini nak p renew kad bank mati bulan 10 baqu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, semoga Allah mempermudahkan segala urusan. :)

      Padam
  42. Wah! Sgt jelas. Tq bro. Mmg nk kena renew. Abis jan22. Haishh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. semoga urusan anda dipermudahkan.... 😊😊

      Padam
  43. Salam. Nak tanya tahu tak, Lepas tarikh kad expired berapa bulan ya boleh hold sebelum renew?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang itu saya tak tahu, tuan/puan boleh rujuk bank yang berdekatan. :)

      Padam
  44. Saya pernah kena scam so mmg kena tukar card baru 😌 tapi takde dikenakan sebarang charge kan ?

    BalasPadam
  45. salam, ada tatacara tak nak tukar no pin pada mesin atm. ala maklumlah. kita n buta sikit bab dgn mesin n. pndai guna online je nk transfer

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, rasanya tuan/puan kena berurusan dengan orang bank kerana sya tak tahu cara tukar pin dekat mesin atm. :)

      Padam
  46. nak tanya, lepas dah renew, kena update pape ke contoh kena update kat semua platform yang kita pakai payment method card debit ke

    BalasPadam
  47. sekarang nk bt urusan bank mudah tp mcm dulu kena bt temu janji

    BalasPadam
  48. Naim, nak tnya kalau dah renew kad pstu kita kena update semula ke phone number kita untuk online banking?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak perlu. Jika tuan/puan rasa was-was better update semula. agar tiada masalah di kemudian hari

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS