80% Rakyat Malaysia Telah Lengkap Vaksinasi

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 22, 2021

kredit https://twitter.com/JKJAVMY/status/1440507167086309378/photo/1


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua sihat belaka dan sentiasa di dalam lindunga  Ilahi.Alhamduillah kelmarin rakyat Malaysia sudah mencapai 80 % lengkap dua dos vaksin. Ini membuktikan rakyat Malaysia menyahut seruan kerajaan untuk vaksin diri kerana tema ia Lindung Diri, Lindung Semua.

Yang pasti rakyat Malaysia yang lengkap vaksinasi tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman kan. Menunggu keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri di buka kelak. Pastikan ibu bapa kita di kampung halaman mengambil vaksin sebagai iktiar kita membendung penularan Covid-19. Jika lengkap vaksinasi orang dewasa, lepas ini golongan remaja dan kanak-kanak pula akan di beri vaksin.  

Sekarang pemberian vaksin di fokuskan kepada Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 jika tidak salah Naim, jika di kawasan Naim ada 2 tempat telah di jadualkan untuk pemberian vaksin. Semoga vaksin memberi perlindungan diri kepada terkena wabak Covid-19 ini, Insha Allah.

Perdana Menteri Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang sahut seruan kerajaan untuk vaksin diri melalui tweet beliau :-

Kerdit Berita Harian 


80% merujuk kepada kadar populasi rakyat Malaysia yang menerima vaksin iaitu 18,727,680 individu dan peratusan itu berjaya dicapai selepas 209 hari program itu dilancarkan. Satu angka sangat besar bagi rakyat melihat makin ramai menerima vaksin. Satu kesedaran yang wajib di beri pujian kepada mereka.

Merujuk kepada website COVIDNOW  , 80 % lengkap vaksinasi meliputi jenis vaksin iaitu Sinovac, Pfizer ,  AstraZeneca dan Cansino. Boleh lihat gambar rajah d bawah ini

1)


2)


 Akhir kalam dari Naim, Naim harap yang belum menerima vaksin segera daftar diri sebagai penerima vaksin. Di dalam hukum agama pun menjelaskan ia harus untuk kita mengambil vaksin. Kecuali mereka ada sebab-sebab muahsabah yang di sahkan oleh doktor  tidak mahu mengambil vaksin. Kita doa baik-baik sahaja. Semoga Allah lindung kan kita semua daripada covid-19 ini. Amin!.


SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia semua bakal lengkap divaksin kecuali yang antivax 😅.Harap diorang kebal lah sebab PM pun penah cakap yang kita semua akan tetap hidup dengan Covid-19 ni

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, moga kita lekas capai herd immunity

    BalasPadam
  3. moga dengan peningkatan vaksin di kalangan penduduk, virus semakin susah untuk menular

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Semoga kita semua dilindungi dr wabak ni.

    Tgh tunggu giliran anak ammi yg F1 utk vaksin. Kalau x vaksin takut gak nak hantar dia blk asrama

    BalasPadam
  5. Salam ziarah ya ustaz..syukur alhamdulillah

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS