Status Partially Vaccinated Dalam MySejahtera

in , by Muhammad Naim Abdullah, September 06, 2021


Assalamualaikum semua, pada malam ini Naim ingin berkongsi sedikit pasal  status selepas vaksin. Sebelum itu sekarang ini semua PPV ( Pusat Pemberian Vaksin ) khususnya di negeri Kedah sudah boleh Walk-in. Oleh itu bersegeralah pergi ambil vaksin.


Gambar di atas adalah interface baharu MySejahtera boleh update melalui PlayStore bagi pengguna Android dan IOS bagi pengguna Iphone. Insha Allah next entri Naim berkongsi wajah baharu MySejahtera  dan malam ini Naim hendak bercerita status vaksin dalam MySejahtera. Sebelum update MySejahtera sijil vaksin Naim berwarna oren . Maksudnya sudah lengkap dua dos vaksin dan mempunyai 'edah' selama 14 hari untuk aktiviti yang di benarkan.

Sebelum ini Naim tidak sedar sangat seperkara ini, semasa scroll newfeed facebook terbaca satu posting facebook dari rakan  facebook beliau sudah lengkap dua dos vaksin masih berstatus ' Partially Vaccinated '. Selepas itu Naim membuka aplikasi MySejahtera untuk check apa status di dalam MySejahtera Naim dan ia tertera seperti gambar  di atas masih status ' Partially Vaccinated '.

Selepas itu , Naim  terus klik pada helpDesk untuk menanyakan soalan kenapa status vaksin Naim masih ' Partially Vaccinated '. Boleh lihat gambar rajah di bawah iaitu soalan dan jawapan.

Soalan


Jawapan dari HelpDesk MySejahtera


Fuh finally ada jawapan juga dan cepat juga helpdesk membalas soalan daripada user kan. dan sebentar tadi scroll newfeed facebook terpandang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu perkara yang sama iaitu :-



Kiranya tinggal 5 hari lagi untuk full vaccinated di dalam MySejahtera Naim.Naim harap ia dapat membatu rakan-rakan di luar sana . Mesti yang pening dan pelik kan melihat status vaccine kita dalam aplikasi MySejahtera. Naim doakan semua selamat dan di dalam peliharaan Allah. Berdoa selalu semoga Allah lenyapkan Covid-19 dari muka bumi ini dan Allah mmelihara kita terkena dengan wabak ini. Insha ALlah , AMin! Stay safe semua!.

Rujukan :-

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
- https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10158144074036237

 

SHARE 17 comments

Add your comment

  1. Kira kena tunggu tempoh matang vaksin berkesan.
    Bagus juga ada penerangan. Alhamdulillah sentiasa ada pembaikan/penambahan.

    BalasPadam
  2. Tahniah dah nak fully vaccinated!

    BalasPadam
  3. Hehe xpe sabar ye.. Sikit lagi tukar warna la tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe btul kak kena sabar cikit sebab bila dah full ini senang cikit nak membeli di bahagian pakaian haha

      Padam
  4. aah dah ade user interface yang baru. NAmpak lebih kemas

    BalasPadam
  5. insyaallah, yang penting ikhtiar

    BalasPadam
  6. Kena tunggu tamat tempoh edah la ya..
    Salam kenal dari akak

    BalasPadam
  7. Kena tunggu habis edah ye.. haha. Mama dah fully vaccine alhamdulillah

    BalasPadam
  8. Kena tunggu 14 hari lepas cucuk baru tukar jadi fully vaccinated hehehe.

    BalasPadam
  9. Dah lepas 14 hari pun masih partially vaccinated ... Dah update apps/install semula pun masih sama... Aduhai

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba update dekat Covid-19 status. Naim baru update baru dapat Fully Vaccinated :)

      Padam
  10. Skrg dah full vaksin ke sis..die kira mcm mana eek.. 15hb saya dah amek vaksin ke2 . Now 29 saya kira dah 14hri. Tp blm lg full vaksin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk apps mysejahtera klik pada refresh status sebelah kiri. :).. Insha Allah boleh

      Padam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS