Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat-sahabat blogger. Naim doakan semua baik-baik belaka dan di dalam lindungan daripada Allah. Naim rasakan ramai ambil peluang rentas negeri untuk pulang kampung halaman. Naim doakan semua selamat sampai ke dentinasi di tuju. Sahabat-sahabat pernah tak anda perasaan tiap kali anda post entri dan rakan komen ia masuk kotak spam?
Naim ada perasaan baru-baru ini ramai rakan-rakan blogger mengalami pelbagai masalah ada loading blog sendiri slow sama ada view dari dekstop atau view dari mobile. Masalah komen juga di bangkitkan oleh blogger Bola Katok menerusi artikel beliau KOMEN TAK MUNCUL DI RUANGAN KOMEN BLOGGER? JOM PUBLISH NOT-A-SPAM COMMENT! .
Dan Naim sendiri mengalami masalah yang sama, komen dari rakan-rakan blogger tak masuk Awaiting Moderation tetapi ia terus masuk Spam. Bukan sekali akan tetapi banyak kali. Walhal rakan-rakan blogger yang komen pada entri yang berkaitan dengan komen berdasarkan tajuk tersebut. Malah ia terus masuk ke kotak spam. Masalah ini bukan sahaja berlaku dalam tempoh masa singkat akan tetapi ada rakan blogger mengalami masalah ini dari tahun lepas lagi. Adakah server dari pihak Google sudah tidak mampu memproses system dari blogger sendiri.
Masalah loading blog ada rakan blogger mengalami masalah tersebut sehingga menukar template blog beliau. Macam-macam masalah dari pihak Google sendiri. Naim harap masalah sebegini dapat di selesaikan oleh pihak Google dan Blogger.com. Kiranya domain sendiri akan mengalami masalah loading agar lambat mungkin sebab dari server domain yang anda langgani atau langgan internet mungkin adalah masalah juga.Baru-baru ini tiga aplikasi harian kita tidak dapat di guna pun kita dah resah seperti Facebook, Instagram dan WhatApps adalah masalah rangkaian mereka.
Akhir sekali, apa pun masalah yang mendatang. Ia sekadar secebis kehidupan yang perlu di teruskan. Semoga masalah ini tidak menggangu mood anda semua untuk menulis di dalam blog kesayangan. Semoga mood Naim kembali cergas dan besempena bulan Maulid Nabi Muhammad, jom kita banyakkan berselawat kepada Nabi Muhammad, tanda cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhammad. Insha Allah.
Akak pun alami benda yang sama. Dulu masuk dalam awaiting moderation. Sekarang ni banyak komen rakan2 blogger masuk dalam spam. Padahal kawan kita tu😅. Makin bermasalah blogger sekarang ni. Harap tak muncul masalah lain pulak lepas ni😂.
BalasPadamSah, ini memang masalah dari blogger sendiri kot haha
PadamBlog ammi takde masalah comment ke spam..tp masalah lambat muncul di blog feed. cthnya ammi up post pukul 2, pukul 4 baru nampak feed ammi naik di bloglist kawan2. kenapa ntahlah
BalasPadamMasalah bloglist ini pun ada rakan-rakan blogger terkesan juga huhu
PadamHarap2 masalah2 ini dapat diselesaikan segera
BalasPadamitulah, komen murni-murni pun masuk spam. tadi masalah bloglist. last month masalah PV drop. nasib baiklah memang sayang blog ni kalau tak dah lama give up
BalasPadamLepas ni kena check komen spam jugak kan. Harapnya cepat lah masalah ni selesai.
BalasPadam