Rentas Negeri Dibenarkan- Bermula 11 Oktober 2021

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 10, 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Dengan Syarat Cukup 2 dos Vaksin


Assalamualaikum semua, petang ini ada berita gembira buat rakyat Malaysia khususnya apabila Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan  esok 11 Oktober 2021 dibenarkan rentas negeri dengan syarat lengkap vaksinasi.
 

Pengumuman dari Perdana Menteri sebentar tadi menzahirkan kegembiraan kepada rakyat Malaysia sudah lama ingin pulang ke kampung halaman untuk ziarahi ibu bapa di kampung. Pengumuman tersebut ibarat pengumuman untuk hari raya sahaja. Tetapi dengan syarat  anda mesti cukup lengkap vaksinasi. Inilah tanggungjawab kita sendiri di dalam menjaga kesihatan keluarga kita di kampung halaman. Pastikan jua ibu bapa kita turut lengkap vaksinasi.

Seperti Naim katakan pada pada perenggan di atas, inilah tanggungjawab kita untuk menjaga diri sebelum pulang ke kampung halaman. Jika kita ada gejala seperti batuk, demam dan selesma. Tanggung dahulu untuk pulang ke kampung halaman. Jangan kita menjadi penyebab kepada ibu bapa kita menjadi sakit angkara Covid-19 ini. Semoga Allah memelihara kita semua. Siapa tidak gembira dengan berita ini sudah terbayang-bayang lagu Sudirman Balik Kampung mula di nyanyikan oleh kita semua. 

Terbayang wajah-wajah yang kusayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulanganku nanti

Kepada semua sahabat-sahabat blogger. Di samping kita gembira dengan berita ini. Jangan kita lupa kepada Allah , banyakkan berdoa kepada Allah semoga ALlah memelihara kita semua daripada Covid-19 ini. Jika belum dapatkan vaksin segera lengkap vaksinasi demi kebaikkan bersama. Insha ALlah, kita hanya beriktiar dengan vaksin yang menyembuhkan segala penyakit adalah Allah. Semoga Allah memelihara kita semua. Amin!


SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah...dah boleh rentas negeri. Mesti yang dah lama tak jumpa family rasa rindu sangat.

    BalasPadam
  2. tu lah...lepas selesai beberapa urusan penting ni... nak balik pahang

    BalasPadam
  3. Salam ziarah happynya kan, tapi di Sabah di kaji dahulu

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..masing masing gembira nak balik ke kampung jumpa mak ayah. Semoga baik baik je semuanya. Aaminn...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..teruskan patuh SOP :)

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS