Salam Maulidur Rasul 2021

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 20, 2021

Salam Maulidur Rasul
kredit https://www.permohonan.my/

 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat-sahabat blogger. Rasa belum terlambat Naim ucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua rakan-rakan blogger.Rasa semua mengambil peluang cuti Maulid Nabi pulang ke kampung halaman, Naim doakan semua baik di dalam perjalanan.

Sebut sahaja 12 Rabiu awwal, semua orang Islam mengetahui kelahiran mulia iaitu Nabi Muhammad SAW. Cahaya di atas cahaya , seperti mana lirik dari kumpula  Raihan -Nabi Anak Yatim.

"Terpadam api di biara majusi
  Runtuh istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahaya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim"


Sebenarnya banyak sirah yang dapat kita pelajari daripada Nabi Muhammad berkaitan akhlak Baginda Muhammad di dalam kehidupan harian kita. Di dalam kitab Syamail Muhammadiah banyak menerangkan sifat-sifat peribadi Rasullullah kepada kita semua. Pada pagi ini Naim ingin berkongsi satu cerita sangat bagus kepada semua rakan-rakan blogger.

Setelah Nabi Wafat, ada sahabat Rasullullah sangat mengikuti sunnah-sunnah Rasullullah hatta di mana tempat Rasullullah berhenti, beliau pun turut berhenti. Pada suatu hari , beliau mengetahui  Rasullullah selalu memberi makanan kepada seorang orang wanita tua di suatu tempat. Lalu sahabat Rasullullah ini, pergi segera ke rumah seorang wanita tua itu.

Setelah sampai, beliau memberi makanan kepada wanita tua tersebut.Sambil makan , wanita tua tersebut berkata-kata kurang enak tentang Nabi Muhammad. Pada waktu yang sama, Sahabat Nabi berfikir bagaimana Nabi bertahan dengan  kata-kata dari wanita tua ini. Sambil ingin suap kali kedua, wanita tua tersebut menegur sahabat Nabi ini lalu berkata..

" Engkau orang yang selalu datang, kau orang lain" 

lalu sahabat Nabi menjawab

" Sayalah orang selalu datang.."

Wanita berkeras kata bukan , lalu wanita tua berkata, orang yang selalu memberi makan kepada ku , dia lembutkan makanan terlebih dahulu sebelum memberi makan senang aku untuk makan. Lalu sahabat Nabi berkata, orang yang selalu datang itu sudah tiada (wafat). Sahabat Nabi bertanya  kepada wanita tua tahu tak siapa yang datang memberi makan ? Lalu wanita itu berkata tidak.  Lalu sahabat Nabi berkata, yang selalu memberi makan itu adalah Nabi Muhammad SAW. Lalu ia menangis dan masuk agama Islam.

Semoga bermanfaat kepada semua sahabat-sahabat blogger semua.
SHARE 5 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS